CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 353|Reply: 1

[Sabah] Palsukan salinan buku rekod kesihatan, bekas pembantu pendaftaran berdepan 13 pertuduhan

[Copy link]
Post time 3-3-2022 01:34 PM | Show all posts |Read mode


KOTA KINABALU: Seorang bekas pembantu pendaftaran di Jabatan Pendaftaran Negara di sini dihadapkan ke Mahkamah Khas Rasuah hari ini dengan 13 pertuduhan memalsukan dokumen.

Mhd Sofian Ishak, 35 bagaimanapun tidak mengaku bersalah untuk semua pertuduhan yang dibacakan di hadapan Hakim Abu Bakar Manat.

Bagi semua pertuduhan itu, tertuduh didakwa memalsukan salinan buku rekod kesihatan ibu serta buku rekod kesihatan bayi dan kanak-kanak bagi tujuan menipu untuk mengeluarkan dua sijil lahir.

Tertuduh melakukan kesalahan itu di Pejabat Jabatan Pendaftaran Negara di sini sejak 1 November 2012 sehingga 21 Januari 2013 sebanyak 13 kali.

Untuk kesemua kesalahan itu tertuduh didakwa mengikut Seksyen 468 Kanun Keseksaan (Akta 574) yang memperuntukkan hukuman penjara selama tujuh tahun dan boleh dikenakan denda jika sabit kesalahan.

Mahkamah kemudiannya menetapkan jaminan sebanyak RM10,000 dengan deposit sebanyak RM6,000 dan seorang penjamin tempatan.

Tertuduh juga dikehendaki melapor diri di pejabat SPRM sebulan sekali dan dilarang menggangu saksi pendakwaan selain perlu menyerahkan passport kepada mahkamah.

Tertuduh membayar jaminan mahkamah sebanyak RM6,000 dan sebutan semula kes akan dijalankan pada 22 April depan.


utusanborneo.com.my/2022/03/02
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-3-2022 01:42 PM | Show all posts
byk duit acik nie...berapalh upah dia dpt utk 1 salinan ye

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

23-4-2024 09:27 PM GMT+8 , Processed in 0.073698 second(s), 31 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list