CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 311|Reply: 0

[Sabah] 2,647 barang kes perjudian dilupuskan

[Copy link]
Post time 3-3-2022 01:27 PM | Show all posts |Read mode


LUPUS: Nor Rafidah melihat sebahagian daripada barang kes perjudian yang dilupuskan.

KENINGAU: Sejumlah 3,647 barang kes berkaitan perjudian dilupuskan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Keningau di sini semalam.

Ketua Polis Daerah Keningau Deputi Superintendan Nor Rafidah Kasim berkata kesemua barang kes itu membabitkan kes yang sudah diselesaikan bagi tempoh 2013 hingga 2016.

“Secara keseluruhannya, barang kes atau eksibit perjudian yang dilupuskan adalah dari tempoh 2013 hingga 2016 iaitu melibatkan 93 kertas siasatan dan 2,647 item barang kes.

“Daripada 93 kertas siasatan itu, 47 kertas siasatan sudah dituduh di mahkamah serta mendapat arahan pelupusan daripada Majistret.

“Tiada tindakan lanjut (NFA) bahi 46 lagi kertas siasatan lain serta permohonan pelupusan dibuat mengikut Seksyen 407A Kanun Prosedur Jenayah (KPJ) dan seksyen 16A(3) Akta Rumah Judi Terbuka (ARJT) 1953,” katanya semasa hadir pada Majlis Pelupusan Barang Kes di Padang Kawad IPD Keningau di sini.

Turut hadir Ketua Bahagian Siasatan Jenayah IPD Keningau Asisten Superintendan Che Rosli Che Embong, Pengurus Cawangan Redsoft Solution Sdn Bhd selaku Penerima dari Syarikat Redsoft Solution Sdn Bhd Abdul Halim Sera, Pegawai Daerah Keningau Walter kenson, Pegawai Pendaftar Mahkamah Restah Hilda Lepos Penolong Pegawai Jabatan Alam Sekitar Anuar Mohd Mokhtar.

Bercakap lanjut Nor Rafidah berkata pelupusan barang kes atau eksibit perjudian ini dijalankan mengikut kehendak Seksyen 18(1A) Akta Kualiti Alam Sekitar 1974.

Tambahnya Redsoft Solution Sdn Bhd adalah syarikat yang dilantik oleh Jabatan Alam Sekitar untuk menjalankan kerja pengumpulan dan pemindahan serta pengangkutan Buangan Terjadual.


utusanborneo.com.my/2022/03/03
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

24-4-2024 10:01 PM GMT+8 , Processed in 0.058982 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list