CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 322|Reply: 0

[Sabah] CBB BSN beri manfaat kepada penduduk Bingkor dan sekitarnya: Robert

[Copy link]
Post time 3-3-2022 01:24 PM | Show all posts |Read mode


BAGUS: Robert menunjukkan isyarat 'bagus' semasa melihat sendiri kemudahan yang disediakan CBB BSN di Pekan Bingkor.

KENINGAU: Perkhidmatan Cawangan Bank Bergerak (CBB) BSN mula beroperasi di Pekan Bingkor bermula kelmarin bagi membantu urusan perbankan penduduk setempat.

Turut ditawarkan ialah perkhidmatan perbankan seperti transaksi pengeluaran wang tunai melalui Mesin Teler Automatik (ATM), pembukaan akaun, pembayaran bil-bil utiliti, termasuk bantuan orang tua dan sebagainya.

Pembantu Menteri Kerja Raya Datuk Robert Tawik sempat hadir ke lokasi tersebut bagi menyaksikan sendiri kemudahan terbabit dan pada masa sama menunjukkan sokongan terhadap kemudahan tersebut.

Kehadiran Robert yang  juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bingkor adalah satu sokongan kepada usaha pembukaan CBB BSN di pekan itu.

Pelanggan dialu-alukan berurusan di CBB ini pada setiap hari Rabu bermula jam 10.00 pagi hingga jam 2.00 petang.

"Semoga dengan pembukaan CBB BSN ini dapat memenuhi keperluan perbankan masyarakat setempat khususnya golongan warga emas dan penduduk kampung dalam kalangan petani dan pekebun.

"Dengan adanya perkhidmatan ini ianya lebih memudahkan urusan mereka di mana selama ini terpaksa berpusu-pusu berbaris bagi mendapatkan keperluan perbankan di kaunter  utama BSN di pekan Keningau, seiring dengan visi BSN iaitu 'Tiada Rakyat Malaysia yang Ketinggalan', " kata Robert.

Sementara itu penduduk yang hadir kekaunter itu rata-rata menzahirkan ucapan terima kasih dan penghargaan kepada Robert atas usahanya sehingga CBB BSN ini dibuka di pekan itu.
CBB BSN ini merupakan kenderaan yang telah diubah suai bagi menempatkan satu unit ATM dan kaunter pelanggan menggunakan terminal Pos Ejen Bank (EB).



utusanborneo.com.my/2022/03/03
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 04:22 AM GMT+8 , Processed in 0.058085 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list