CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 308|Reply: 0

[Sabah] IPD Kunak minta masyarakat salur maklumat

[Copy link]
Post time 3-3-2022 01:23 PM | Show all posts |Read mode


INISIATIF: Mekantus ketika mengadakan perjumpaan dengan ketua dan penduduk di kampung Panji Hujung.

KUNAK: Ibu Pejabat Daerah (IPD) Kunak mengambil inisiatif mendekati penduduk di kawasan kampung Pangi Hujung, di sini bagi menangani kes-kes jenayah di daerah ini.

Ketua Polis Daerah Kunak, Superintendan Sabaruddin Rahmat berkata pihaknya mengambil pendekatan itu supaya masyarakat menyalurkan maklumat sekiranya mengetahui aktiviti jenayah di kawasan mereka.

“Kawasan berhampiran perairan selalu menjadi sasaran aktiviti jenayah terutamanya yang melibatkan rentas sempadan seperti di kampung ini.

“Justeru, IPD Kunak sedang giat menjalankan operasi ‘Rondaan Pencegahan Jenayah’ terutamanya di perkampungan atas air bagi mengatasi masalah jenayah di kawasan tersebut,” katanya dalam kenyataan, di sini hari ini.

Katanya, Ketua Balai Polis Pangi, Sub-Inspektor Mekantus Chandy telah menjalankan operasi tersebut serta mengadakan perjumpaan dengan ketua dan penduduk kampung Pangi Hujung.

“Kita mengharapkan dengan adanya inisiatif itu dapat mendekati masyarakat supaya mereka lebih terbuka menyalurkan maklumat.

“Sekiranya kita tidak membanteras aktiviti jenayah di kawasan itu, sudah pasti ia akan mengancam keselamatan penduduk dan ketenteraman negara,” katanya.

Dalam pada itu, Sabaruddin turut menasihatkan masyarakat di daerah ini supaya sentiasa mematuhi prosedur operasi standard (SOP) COVID-19 yang telah ditetapkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN).


utusanborneo.com.my/2022/03/03
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 04:11 PM GMT+8 , Processed in 0.210808 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list