CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 282|Reply: 0

[Sabah] Cecilia turun padang tinjau permasalahan Kg Katagan, salur sumbangan kepada mangsa kebakaran di Kg Tikolod

[Copy link]
Post time 3-3-2022 01:21 PM | Show all posts |Read mode


TINJAU: Cecilia (dua kanan) bersama Stephanie (kanan), Sylvia (tiga kiri) dan Vitus (kiri) meninjau jalan di kampung Katagan Toboh yang yang telah siap diselenggara.

TAMBUNAN: Timbalan Pengerusi Pertubuhan Muafakat Titipan Amal Isteri Wakil Rakyat Gabungan Rakyat Sabah (MUTIARA GRS), Datin Seri Panglima Cecilia Edwin Kitingan menyampaikan sumbangan kewangan bagi kerja-kerja penyelenggaraan jalan kampung di kawasan perumahan di kampung Katagan Toboh Tambunan baru-baru ini.

Penduduk kampung terbabit, Jerome Gotonis mengucapkan terima kasih dan penghargaan kepada Cecilia yang begitu responsif serta prihatin dengan suara denyutan hati rakyat terhadap permasalahan penduduk di kampung tersebut.

Menurut Jerome, ketika cuaca buruk terutama musim hujan, jalan itu tidak dapat dilalui kerana dinaiki air serta becak, berlubang dalam dan licin yang menyukarkan kenderaan ringan kepunyaan penduduk yang rata-rata daripada golongan petani, pekebun dan penternak melaluinya.

Pada kesempatan itu, Cecilia yang juga Ahli Majlis Tertinggi (AMT) Parti Solidariti Tanah Airku (STAR) Sabah mengambil kesempatan bertemu, berinteraksi dan beramah mesra bersama penduduk yang hadir pada perjumpaan santai itu dengan pematuhan SOP ketat.

Hadir sama Pengerusi Mondopiton Sabah Stephanie Lazarus; Pegawai Pembangunan Daerah (DDO) Terence Yong; Penolong Pegawai Daerah (ADDO) Vitus Ikon dan pemimpin-pemimpin masyarakat di kampung itu.

Cecilia yang juga Penaung Pertubuhan Mondopiton Sabah, turut menyumbangkan barangan makanan keperluan harian kepada keluarga mangsa kebakaran rumah milik seorang penduduk di kampung Tikolod, Supilin Galingai yang musnah dijilat api dalam kejadian kebakaran menyayat hati itu yang turut mengorbankan salah seorang ahli keluarganya, ibu kepada lima orang anak.

Penyampaian sumbangan diserahkan oleh Pengerusi Pertubuhan Mondopiton Sabah, Stephaine Lazarus yang mewakili Cecilia.

Sambil menitipkan takziah dan rasa simpati dengan musibah yang menimpa keluarga Supilin, Cecilia berharap pihak jabatan berwajib akan dapat membantu menyalurkan bantuan sewajarnya bagi membantu meringankan bebanan yang ditanggung.

Turut hadir Penolong Pegawai (Pembangunan) Daerah, Sabitun Makajil; Staf Jabatan Kebajikan; Pegawai Pembangunan Daerah (DDO) Terence Yong; Penolong Pegawai Daerah (ADDO) Vitus Ikon.


SAMPAIKAN: Stephanie (kiri) mewakili Cecilia menyerahkan sumbangan kepada mangsa kebakaran, Supilin Galingai diperhatikan oleh Penolong Pegawai Daerah (ADDO) Vitus Ikon.


www.utusanborneo.com.my/2022/03/03
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 04:19 AM GMT+8 , Processed in 0.155783 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list