View: 767|Reply: 3
|
Tekup Muka Kekasih Janda Dengan Bantal Sebab Cemburu Video Call Dengan Lelaki Lain
[Copy link]
|
|
Gara-gara membuat panggilan video bersama lelaki lain, janda di Indonesia maut selepas dipercayai dibunuh teman lelakinya pada Khamis minggu lalu.
TribunNews melaporkan, suspek dikenali sebagai Wendi Hariadi, 25 ditahan polis atas dakwaan membunuh teman wanitanya, Sugianti, 48 tahun.
 Gambar hiasan
Menurut Ketua Polis Labuhan Batu, AKBP Anhar Arlia Rangkuti, suspek dikatakan tidak dapat menerima tindakan teman wanitanya yang membuat panggilan video bersama lelaki lain sebelum membunuhnya.
Suspek emosi dan cemburu terhadap mangsa kerana mangsa menerima panggilan video daripada lelaki lain di depan matanya.
Difahamkan, kejadian berlaku di rumah mangsa di Kampung Ulumahuam, Daerah Silangkitang kira-kira jam 12.15 pagi dan dipercayai, suspek sudah merancang pembunuhan itu.
Dia didakwa mencekik dan menekup mulut serta hidung mangsa menggunakan bantal sehingga meninggal dunia.
Bukan itu sahaja, suspek dipercayai turut membawa lari barangan berharga mangsa iaitu sebuah telefon bimbit.
Dia ditahan di sebuah rumah milik seorang penduduk di kawasan Jalan Torpisang Mata, Geng Rahayu, Kampung Bina Raga, Daerah Rantau Utara.
Jika sabit kesalahan suspek boleh dikenakan hukuman penjara selama 20 tahun atau penjara seumur hidup.
Sumber: OhBulan |
|
|
|
|
|
|
|
Tgk negara huruf I je terus malas lah nak baca sampai habis.
Rakyat ramai sgt byk masalah. |
|
|
|
|
|
|
|
dorg nie.. x suka jer bunuh.. marah jer bunuh.. semua pn bunuh.. |
|
|
|
|
|
|
|
Kerja sia2, sia2 nak kena hadap hukuman |
|
|
|
|
|
|
| |
|