CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 388|Reply: 0

[Sabah] Hati-hati apabila berdepan penjenayah: Batholomew

[Copy link]
Post time 1-3-2022 11:43 PM | Show all posts |Read mode


PENGHARGAAN: Batholomew menyampaikan surat penghargaan kepada orang awam yang membantu menangkap suspek kes samun baru-baru ini.

PAPAR: Polis menasihatkan orang awam serta masyarakat agar berhati-hati apabila berdepan dengan penjenayah.

Ketua Polis Daerah Papar Deputi Superintendan Batholomew Umpit berkata pihaknya amat mengalu-alukan maklumat serta kerjasama daripada orang awam dalam membantu penugasan PDRM bagaimanapun dalam masa sama masyarakat perlulah sentiasa peka lebih-lebih lagi berkenaan isu keselamatan apabila menghadapi detik cemas terbabit.

“Kita mengucapkan terima kasih atas kerjasama dan keberanian yang ditunjukkkan oleh orang awam dalam membantu pihak PDRM bagi membenteras penjenayah di daerah ini khasnya.

“Dalam keadaan berhadapan dengan penjenayah, orang awam perlu mengutamakan keselamatan diri dan berhati-hati bagi mengelakkan perkara buruk berlaku kepada diri sendiri,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa Majlis Penyerahan Surat Penghargaan kepada orang awam yang membantu menangkap suspek kes samun baru-baru ini di sini.

Batholomew berkata majlis ini juga adalah sebagai penghargaan kepada pihak yang berani  membantu pihak PDRM membenteras kes jenayah di daerah ini.

Turut hadir Ketua Bahagian Siasatan Jenayah serta Ketua Bahagian Pencegahan Jenayah Dan Keselamatan Komuniti IPD Papar.


utusanborneo.com.my/2022/03/01
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 12:40 PM GMT+8 , Processed in 0.266291 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list