CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 361|Reply: 0

[Sabah] Sektor penjawat awam beroperasi penuh mulai 1 Mac

[Copy link]
Post time 1-3-2022 11:30 PM | Show all posts |Read mode


KOTA KINABALU: Kerajaan negeri memutuskan agar keseluruhan sektor penjawat awam beroperasi pada kapasiti penuh mulai 1 Mac 2022.


Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Seri Panglima Masidi Manjun berkata, bagaimanapun ia terkecuali mereka yang dijangkiti COVID-19 dan juga kontak rapat berdasarkan status semasa dalam MySejahtera.

Sehubungan dengan itu katanya, bagi membendung penularan virus dalam kalangan penjawat awam semasa bertugas, adalah dinasihatkan agar sentiasa mematuhi SOP yang telah digariskan.

Masidi berkata, Sabah hari ini merekodkan 2,158 kes baharu COVID-19 dengan hanya mengalami penurunan sebanyak 16 kes berbanding hari sebelumnya.

"17 daripada 27 daerah di Sabah mencatatkan jumlah kes harian yang lebih tinggi dan cuma sembilan daerah merekodkan penurunan. Satu lagi daerah kekal sebagaimana catatan kes kelmarin.

"Kota Kinabalu kekal sebagai penyumbang utama kepada jumlah kes harian di Sabah dengan 651 kes (+96), diikuti oleh Tuaran 142 kes (-39), Papar 135 kes (-69), Keningau 130 kes (+25), Beaufort 130 kes (+69), Kota Belud 120 kes (+19), Penampang 111 kes (-141) dan Putatan 100 kes (-123).

"Sebanyak 17 daerah lain mencatatkan kes dua angka, manakala Kunak dan Kalabakan masing-masing merekodkan kes satu angka," katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Jelasnya, sejumlah 2,143 daripada 2,158 kes hari ini adalah dalam Kategori 1 dan 2, enam kes dalam Kategori 3, enam kes dalan Kategori 4 dan tiga kes dalam Kategori 5.

Setakat ini katanya, PICKids Sabah telah berjaya melaksanakan pemberian vaksin kepada 48,118 kanak-kanak daripada 411,400 kanak-kanak berumur antara lima sehingga 11 tahun yang layak divaksin.

"Sebanyak 247 kes hari ini melibatkan kanak-kanak bawah umur 11 tahun yang belum divaksin, dengan 117 daripadanya merupakan kanak-kanak yang belum layak mendapat vaksin (bawah umur 5 tahun)," katanya.


utusanborneo.com.my/2022/03/01
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 05:12 AM GMT+8 , Processed in 0.054688 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list