CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 323|Reply: 0

[Sabah] Covid-19 01/03/2022

[Copy link]
Post time 1-3-2022 10:34 PM | Show all posts |Read mode


Jawatankuasa Pengurusan Bencana Covid-19 Negeri Sabah


Berdasarkan laporan Jabatan Kesihatan Negeri Sabah, jumlah kes positif baharu COVID-19 pada hari ini adalah sebanyak 2,158 kes, menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 341,712 kes. Sebanyak enam (6) kes kematian dilaporkan pada hari ini iaitu masing-masing satu (1) kes di daerah Kota Marudu, Tawau, Penampang, Beluran, Lahad Datu dan Kota Kinabalu. Bilangan kematian ini tidak semestinya berlaku dalam tempoh 24 jam ini. Ada kes kematian yang mengambil masa untuk verifikasi dan dilaporkan kemudian daripada tarikh sebenar. Takziah diucapkan kepada keluarga yang terlibat.

Bilangan pesakit COVID-19 sembuh ialah 5,294 (termasuk yang discaj dari hospital/PKRC) menjadikan jumlah kumulatif 293,629 orang. Manakala 1,674 pesakit sedang menerima rawatan iaitu 1,069 orang di hospital, 590 orang di Pusat Kuarantin dan Rawatan Berisiko Rendah (PKRC) Awam, 14 orang di Pusat Tahanan Sementara (PTS) / penjara dan satu (1) orang di fasiliti swasta. Bilangan pesakit yang memerlukan penjagaan kritikal ialah 72 orang merangkumi 64 di ICU/repurposed kritikal care serta lapan ( di open ward (HDW/kubikel akut) dan 29 orang lagi memerlukan alat bantuan pernafasan (ventilated)

Kedudukan Kes Positif COVID-19

a. Jumlah kes harian di Sabah hampir sama dengan jumlah semalam dengan penurunan marginal sebanyak 16 kes. Jumlah jangkitan baharu hari ini ialah 2,158 kes.

b. Walaupun jumlah kes menurun sedikit secara keseluruhan hari ini tetapi 17 daripada 27 daerah di Sabah mencatatkan jumlah kes harian yang lebih tinggi daripada kelmarin dan cuma sembilan (9) daerah merekodkan penurunan. Satu (1)lagi daerah kekal sebagaimana catatan kes semalam.

c. Kota Kinabalu kekal sebagai penyumbang utama kepada jumlah kes harian di Sabah dengan 651 kes (+96), diikuti oleh Tuaran 142 kes (-39), Papar 135 kes (- 69), Keningau 130 kes (+25), Beaufort 130 kes (+69), Kota Belud 120 kes (+19), Penampang 111 kes (-141) dan Putatan 100 kes (-123). Sebanyak 17 daerah lain mencatatkan kes dua (2) angka manakala Kunak dan Kalabakan masing-masing merekodkan kes satu (1) angka.

d. Kerajaan Negeri memutuskan agar keseluruhan sektor penjawat awam beroperasi pada kapasiti penuh mulai 1/3/2022, kecuali mereka yang dijangkiti COVID-19 dan juga kontak rapat berdasarkan status semasa dalam MySejahtera. Sehubungan dengan itu, bagi membendung penularan virus di kalangan penjawat awam semasa bertugas, adalah dinasihatkan agar sentiasa mematuhi SOP yang telah digariskan.

e. Sejumlah 2,143 atau 99.31% daripada 2,158 kes hari ini adalah dalam Kategori 1 dan 2, enam (6) kes dalam Kategori 3, enam (6) kes dalan Kategori 4 dan tiga (3) kes dalam Kategori 5.

f. Setakat ini, PICKids Sabah telah berjaya melaksanakan pemberian vaksin kepada 48,118 kanak-kanak daripada 411,400 kanak-kanak berumur antara 5-11 tahun yang layak divaksin. Sebanyak 247 kes hari ini melibatkan kanak-kanak bawah umur 11 tahun yang belum divaksin, dengan 117 daripadanya merupakan kanak-kanak yang belum layak mendapat vaksin (bawah umur 5 tahun).

Tiada kluster baharu direkodkan hari ini.


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-3-2024 05:25 PM GMT+8 , Processed in 0.155150 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list