CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 342|Reply: 0

[Sabah] Covid-19 28/02/2022

[Copy link]
Post time 1-3-2022 10:32 PM | Show all posts |Read mode
Edited by Vellfire at 1-3-2022 02:33 PM


Jawatankuasa Pengurusan Bencana Covid-19 Negeri Sabah

Berdasarkan laporan Jabatan Kesihatan Negeri Sabah, jumlah kes positif baharu COVID-19 pada hari ini adalah sebanyak 2,174 kes, menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 339,554 kes. Sebanyak 11 kes kematian dilaporkan pada hari ini iaitu tiga (3) kes di Tawau, dua (2) kes di Penampang dan masing-masing satu (1) kes di daerah Ranau, Nabawan, Kudat, Beaufort, Keningau dan Kota Kinabalu. Bilangan kematian ini tidak semestinya berlaku dalam tempoh 24 jam ini. Ada kes kematian yang mengambil masa untuk verifikasi dan dilaporkan kemudian daripada tarikh sebenar. Takziah diucapkan kepada keluarga yang terlibat.

Bilangan pesakit COVID-19 sembuh ialah 4,312 (termasuk yang discaj dari hospital/PKRC) menjadikan jumlah kumulatif 288,335 orang. Manakala 1,739 pesakit sedang menerima rawatan iaitu 1,105 orang di hospital, 622 orang di Pusat Kuarantin dan Rawatan Berisiko Rendah (PKRC) Awam, 11 orang di Pusat Tahanan Sementara (PTS) / penjara dan satu (1) orang di fasiliti swasta. Bilangan pesakit yang memerlukan penjagaan kritikal ialah 78 orang merangkumi 64 di ICU/repurposed kritikal care serta 14 di open ward (HDW/kubikel akut) dan 28 orang lagi memerlukan alat bantuan pernafasan (ventilated). Manakala bilangan pesakit stage empat (4) dan lima (5) yang masih belum lengkap vaksin ialah 105 (30.97%)

Kedudukan Kes Positif COVID-19

a. Kes harian di Sabah terus mencatat penurunan dan hari ini merekodkan penyusutan 700 kes berbanding semalam. Jumlah angka jangkitan baharu hari ini ialah 2,174 kes.

b. Sebanyak tujuh (7) daerah mencatatkan kes tiga (3) angka dengan Kota Kinabalu mengekalkan kes tertinggi sebanyak 555 kes, diikuti oleh Penampang 252 kes, Putatan 223 kes, Papar 204, Tuaran 181 kes, Keningau 105 kes dan Kota Belud 101 kes. Sejumlah 17 daerah lagi mencatatkan kes dua (2) angka, dua (2) daerah mencatatkan kes satu (1) angka dan Semporna menjadi daerah tunggal yang tidak mencatatkan sebarang kes baharu pada hari ini.

c. Sungguhpun kes harian telah berkurangan pada jumlah yang agak besar tetapi peratusan kes sporadik masih tinggi iaitu 62.74% yang boleh mencetus peningkatan kes-kes baharu bila bila masa. Penyusutan jumlah kes harian juga disebabkan oleh jumlah ‘backlogs’ yang semakin berkurangan dalam statistik harian beberapa daerah seperti Kota Kinabalu, Penampang dan Putatan.

d. Sejumlah 2,150 atau 98.90% daripada 2,174 kes hari ini adalah dalam Kategori 1 dan 2, lapan ( kes dalam Kategori 3, 10 kes dalan Kategori 4 dan enam (6) kes dalam Kategori 5.

e. Setakat ini, PICKids Sabah telah berjaya melaksanakan pemberian vaksin kepada 45,381 kanak-kanak daripada 411,400 kanak-kanak berumur antara 5-11 tahun yang layak divaksin. Sebanyak 246 kes hari ini melibatkan kanak-kanak bawah umur 11 tahun yang belum divaksin, dengan 121 daripadanya merupakan kanak-kanak yang belum layak mendapat vaksin (bawah umur 5 tahun)

Tiada kluster baharu direkodkan hari ini.



Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Dividen KWSP 2023 5.4% dan 5.5%
AbahmungDividen KWSP 2023 5.4% dan 5.5%
Views : 1718 Replies : 0
'Raja Jalanan' Myvi tewas kepada Bezza pada 2023
ultra78'Raja Jalanan' Myvi tewas kepada
Views : 9488 Replies : 28
Emma Maembong mohon maaf, tersilap langkah 'voice note' Ruhainies isu Bella Astillah
YgBenarEmma Maembong mohon maaf, tersilap langk
Views : 5956 Replies : 63
Belum masanya Malaysia laksana aturan waktu kerja fleksibel
ultra78Belum masanya Malaysia laksana aturan wa
Views : 6218 Replies : 20
Janji manismu
maklukpenggodaJanji manismu
Views : 25419 Replies : 2
Kekecohan Ada pemandu yg membunyikan hon sewaktu ketibaan jenazah komander firdaus di masjid sungai nibong
YgBenarKekecohan Ada pemandu yg membunyikan hon
Views : 4714 Replies : 15
Penyondol Tetap Isteri Sah, Boleh Tuntut Hak’ – Kenyataan Watak Imani Dalam ‘Lelaki Itu’ Mula Dibenci Netizen
YgBenarPenyondol Tetap Isteri Sah, Boleh Tuntut
Views : 13226 Replies : 172
'Diam sajalah Sanusi'
maklukpenggoda'Diam sajalah Sanusi'
Views : 5021 Replies : 8
Restoran Kantan Datin Isma
AngelFreakyAFRestoran Kantan Datin Isma
Views : 17996 Replies : 89
Betul ke tu….cinter?
stingerkentotBetul ke tu….cinter?
Views : 16382 Replies : 15

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 01:02 PM GMT+8 , Processed in 0.160791 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list