Jika anda pernah melihat gambar peperangan diantara Rusia dan Ukraine, anda mungkin pernah melihat jentera tentera Rusia yang memasuki kawasan di Kyiv, Ukraine yang sebahagiannya dicat dengan huruf-huruf tertentu.
kredit foto: The Drive
Menurut portal Majoriti, Rusia mengecat huruf di kenderaan tentera supaya mereka tidak terperangkap dengan isyarat pengecaman visual kerana Ukraine juga mempunyai peralatan sama seperti Rusia.
kredit foto: SoFrep
Difahamkan, huruf V mewakili Marin Rusia manakala 'Z' mewakili unit daerah tentera timur dan 'Z' dalam petak mewakili daerah tentera selatan.
Huruf O pula mewakili tentera Ramzan Kadyrov yang merupakan panglima perang dilantik Presiden Rusia, Vladmir Putin.
kredit foto: INews
Sementara itu, huruf A mewakili pasukan Khas Rusia (SSO) gerakan tentera seperti Spetnaz, KGB dan pelbagai unit operasi lain.
Difahamkan, Kremlin sudah memperlahankan serangan mereka dan Ukraine dilaporkan meminta gencatan senjata dan juga pengunduran pasukan tentera Rusia dari Ukraine. - CARI