CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2322|Reply: 0

Ukraine dakwa Rusia guna bom vakum

[Copy link]
Post time 1-3-2022 11:30 AM | Show all posts |Read mode

Sebuah sekolah di Kharkiv, Ukraine yang musnah dalam serangan Rusia semalam.

Washington: Duta Ukraine ke Amerika Syarikat (AS) merayu kepada anggota Kongres negara itu untuk mendapatkan bantuan selepas mendakwa Rusia menggunakan bom vakum dalam pencerobohannya.

"Mereka (Rusia) menggunakan bom vakum hari ini (semalam), yang sebenarnya dilarang oleh konvensyen Geneva," kata Duta Besar Ukraine Oksana Markarova.

"Kemusnahan yang cuba ditimbulkan oleh Russia ke atas Ukraine adalah besar."

Beliau berkata, Ukraine bekerjasama secara aktif dengan pentadbiran dan Kongres Presiden AS Joe Biden untuk mendapatkan lebih banyak senjata dan sekatan yang lebih keras.

"Mereka patut bayar, mereka patut bayar mahal," katanya kepada pemberita selepas meninggalkan mesyuarat itu.

Seorang penggubal undang-undang yang menghadiri mesyuarat itu, wakil Demokrat, Brad Sherman berkata, Ukraine meminta zon larangan terbang yang dikuatkuasakan AS ke atas Ukraine tetapi beliau berasakan itu terlalu berbahaya kerana ia boleh mencetuskan konflik dengan Russia.

Bom vakum menggunakan oksigen dari udara sekeliling untuk menghasilkan letupan suhu tinggi, biasanya menghasilkan gelombang letupan dalam tempoh yang lebih lama daripada letupan konvensional.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

23-4-2024 04:12 PM GMT+8 , Processed in 0.062816 second(s), 32 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list