CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 403|Reply: 1

[Kedah] Pemancing, nelayan bot kecil disaran elak turun ke laut

[Copy link]
Post time 28-2-2022 05:34 PM | Show all posts |Read mode
Edited by mattzzx at 28-2-2022 05:37 PM

ALOR SETAR: Kumpulan pemancing atau nelayan bot kecil di kawasan utara yang berhasrat untuk turun ke laut hari ini, dinasihatkan supaya tidak berbuat demikian berikutan ribut petir dijangka berlaku sehingga petang ini.
Pengarah Pejabat Meteorologi Kedah, Muhammad Khalil Abdul Aziz berkata, Pusat Operasi Cuaca dan Geofizik Nasional (POCGN) METMalaysia meramalkan akan berlaku ribut petir di beberapa tempat di perairan Selat Melaka utara (Pulau Pinang, Kedah dan Perlis)  untuk sepanjang hari ini.
Beliau berkata, keadaan cuaca buruk boleh mengundang bahaya dan sekiranya ada bot kecil atau pemancing yang sudah keluar ke laut, mereka dinasihatkan supaya mencari tempat berlindung dengan segera.

"Kalau nampak perubahan cuaca berubah, segeralah berlindung di tempat yang selamat, jika belum turun, tak payah keluar ke laut hari ini.
"Berkemungkinan esok dijangka ribut petir dan hujan akan berlaku di satu dua tempat di perairan Kedah dan Perlis tetapi tidak lebat seperti yang dijangka hari ini," katanya ketika dihubungi hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas berhubung 18 individu termasuk kru bot dan 14 pemancing yang berjaya diselamatkan selepas bot mereka karam di Pulau Beras Basah, Langkawi, semalam.

Muhammad Khalil berkata, perubahan cuaca ini disebabkan luruan monsun dari Laut China Selatan yang memasuki negara ini dan melepasi Banjaran Titiwangsa sehingga sampai ke sini.

Beliau berkata, biasanya ia sampai ke Pantai Timur saja namun disebabkan ianya kuat dan mampu melepasi Banjaran Titiwangsa dan sampai ke Kedah dan Perlis.
Dalam kejadian 2 petang itu, bot Empayar Mahsuri yang membawa 14 pemancing dan empat kru dilaporkan bocor sebelum karam akibat dipukul ribut.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 28-2-2022 05:35 PM | Show all posts
Edited by mattzzx at 28-2-2022 05:38 PM

*


















Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 08:07 PM GMT+8 , Processed in 0.057179 second(s), 32 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list