Baru-baru ini ada video tular di laman media sosial Facebook. luahan seorang suami yang merupakan bekas jurutera memaparkan keadaan isteri kepada pencarum yang juga seorang bekas pengawai menangis kerana amat risau dengan kehidupan mereka yang semakin sempit.
Video itu dikongsi atas kebenaran si suami dengan tujuan agar kerajaan melihat keadaan rakyat sekarang yang kebanyakannya berada dalam situasi yang tidak baik.
Pencarum itu juga bercerita tentang kehidupan sekarang kais pagi makan petang dengan mengutip kotak dan tin kosong untuk meneruskan hidupnya.
Menderita dengan kehidupan sehinggakan tahap hampir mengemis.
kredit foto: MalayMail
Difahamkan, kerajaan sehingga sekarang masih tidak mempertimbangkan pengeluaran RM10,000 i-Citra KWSP juga menjadikan kehidupan mereka semakin gelap kerana buntu untuk mencari sumber kewangan bagi memulakan hidup baru.
Suami isteri tersebut mempunyai hampir RM400,000 di dalam KWSP dan mempunyai pendidikan tinggi tetapi itu semua tidak boleh diguna kerana hidup mereka menjadi sukar selepas mereka hilang sumber pendapatan.
kredit foto: Jawatan Kosong
Tambahan pula, si suami memohon kepada KWSP untuk menutup akaun dia dan isterinya dan pulangkan semula wang mereka supaya mereka dapat hidup balik mereka semula.
Isterinya pula sudah mula hilang pertimbangan sehinggakan perlu mendapatkan rawatan dengan pakar psikiatri dengan kehidupan yang dilalui oleh mereka. -CARI
|