CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 412|Reply: 1

[Sabah] SESB Perkenal Kaedah Kad Prabayar Kepada Kawasan Setinggan

[Copy link]
Post time 28-2-2022 12:51 AM | Show all posts |Read mode



Ketua Pegawai Transformasi SESB Norhizami Abu Hasan berkata, kerajaan negeri dengan kerjasama Suruhanjaya Tenaga dan SESB sedang dalam proses memuktamadkan prosedur dan tatacara pembekalan ke kawasan penempatan setinggan berkenaan di seluruh negeri Sabah. – Gambar Hiasan


KOTA KINABALU: Sabah Electricity Sdn Bhd (SESB) akan memperkenalkan kaedah kad prabayar untuk pengguna di kawasan penempatan setinggan yang layak bagi membanteras aktiviti penyambungan haram.

Ketua Pegawai Transformasi SESB Norhizami Abu Hasan berkata, kerajaan negeri pada dasarnya telah meluluskan cadangan SESB itu dan kawasan setinggan yang akan menggunakan kaedah berkenaan kini sedang dikenalpasti.

Katanya, dengan menggunakan kaedah itu, bekalan elektrik yang diberikan kepada penduduk kawasan penempatan setinggan lebih memudahkan kerana pengguna hanya perlu menambah nilai kad berkenaan mengikut kesesuaian penggunaan isi rumah setiap bulan.

“Kerajaan negeri dengan kerjasama Suruhanjaya Tenaga dan SESB sedang dalam proses memuktamadkan prosedur dan tatacara pembekalan ke kawasan penempatan setinggan berkenaan di seluruh negeri Sabah,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Norhizami berkata, SESB memahami keperluan bekalan elektrik amat penting kepada setiap premis namun untuk mengelak kejadian tidak diingini berlaku, penyambungan secara haram adalah ditegah.

Katanya, pengguna perlu pastikan bekalan elektrik diperolehi secara sah mengikut prosedur sedia ada serta turut mematuhi aspek keselamatan oleh pihak Suruhanjaya Tenaga.

“SESB akan terus melaksanakan operasi membanteras aktiviti mencuri elektrik atau penyambungan haram dan saya menyeru kerjasama yang jitu dan padu daripada semua pihak yang berkaitan.

“Tindakan tidak bertanggungjawab mencuri elektrik dan mengusik meter bukan sahaja akan menyebabkan kerugian jutaan ringgit kepada SESB malah boleh mengundang bahaya seperti litar pintas yang boleh mengakibatkan kebakaran dan kemalangan elektrik.

“Aktiviti penyambungan haram bekalan elektrik ini juga sekali gus mengganggu kestabilan bekalan elektrik apabila permintaan melebihi kapasiti sehingga menyebabkan gangguan bekalan terhadap pengguna-pengguna yang sah serta menjejaskan aktiviti perniagaan dan keselesaan rakyat,” katanya.


sabahpost.net/2022/02/27

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 28-2-2022 12:51 AM | Show all posts
apa eks rasa tuan rumah.. suar kecik masuk suratkabar

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 12:58 PM GMT+8 , Processed in 0.351018 second(s), 28 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list