CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 416|Reply: 0

[Sabah] Malaysia putuskan hantar jemaah haji tahun ini

[Copy link]
Post time 28-2-2022 12:48 AM | Show all posts |Read mode


SUMBANGAN: Ahmad Mazuk (dua kiri), Nizam (kiri) ketika menyampaikan bantuan kepada mangsa kebakaran Kg Titingan, di sini.

TAWAU: Malaysia memutuskan untuk menghantar jemaah haji tahun ini sekiranya tidak ada halangan daripada kerajaan Arab Saudi dan memastikan semua yang layak akan dimaklumkan lebih awal.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Ahmad Mazuk Shaary berkata pihaknya masih menunggu keputusan daripada kerajaan Arab Saudi berkaitan kuota yang diberikan kepada Malaysia.

“Kita masih belum mendapat jumlah kuota yang diperuntukkan daripada Arab Saudi dan kebiasaanya Malaysia dibenarkan menghantar lebih 32,000 jemaah.

“Sekiranya sudah ada angka yang tepat, kita akan mula menyaring para jemaah yang layak untuk pergi mengerjakan haji tahun ini,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa menyampaikan bantuan kepada 78 ketua isi rumah (KIR) mangsa kebakaran di Kampung Titingan, di sini hari ini.  

Katanya, kos haji pada tahun ini  kemungkinan meningkat kerana melibatkan persoalan yang berkaitan dengan kerajaan Arab Saudi.

“Mereka mengenakan cukai tambah nilai (VAT) sebanyak 15 peratus berbanding dengan sebelum ini hanya lima peratus sahaja.

“Begitu juga dengan kos hotel di Arab Saudi mungkin akan meningkat disebabkan prosedur operasi standard (SOP) yang mengurangkan jumlah jemaah dalam satu bilik.

“Namun, ia belum diumumkan lagi dan masih dalam pertimbangan kerajaan berapa bantuan yang akan diberikan kepada jemaah yang layak,” katanya.

Beliau berkata, sekiranya ada peningkatan kos haji pada tahun ini, kerajaan akan memastikan ia tidak membebankan para jemaah yang layak.

Menurutnya, kerajaan mungkin akan melaksanakan subsidi secara bersasar kepada jemaah haji supaya mereka tidak terbeban dengan kenaikan kos yang tidak dapat dielakkan,” katanya.

Dalam pada itu, Ahmad Mazuk turut menasihatkan rakyat di negeri ini yang mahu mengerjakan umrah perlu mematuhi kelengkapan SOP dari sudut vaksinasi supaya tidak menghadapi masalah.

Katanya, jemaah umrah jangan sesekali mengambil sijil vaksinasi palsu dan perlunya ikut saluran yang ditetapkan oleh kerajaan.

Beliau turut menjelaskan berhubung isu yang tular berkaitan jemaah belum mengambil suntikan vaksin dos penggalak yang dilarang masuk ke masjid adalah hak pihak berkuasa agama negeri.

“Isu itu di bawah pihak berkuasa agama negeri kerana ada negeri yang mensyaratkan perlu lengkap dos penggalak sekiranya mahu beribadah di masjid.

“Walaupun ia tidak diwajibkan tetapi saya sangat galakkan seluruh rakyat Malaysia untuk mengambil dos penggalak sebagai pelindung tambahan,” katanya.

Terdahulu, sumbangan kepada mangsa kebakaran itu adalah dana Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPEIM) sebanyak RM38,000 dan Tabung Musa’adah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) sebanyak RM12,400 dalam bentuk bakul makanan.

Turut hadir, Pembantu Menteri Kewangan Sabah merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Apas, Datuk Nizam Abu Bakar Titingan; Ketua Seksyen Pusat Pentadbiran YaPIEM Sabah & Sarawak, Salebi Mohammad dan Pengarah Kanan Unit Dakwah JAKIM Sabah, Alamin Majok.


utusanborneo.com.my/2022/02/27

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 07:40 PM GMT+8 , Processed in 0.894649 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list