CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 412|Reply: 0

[Sabah] Covid-19 27/02/2022

[Copy link]
Post time 28-2-2022 12:21 AM | Show all posts |Read mode


Jawatankuasa Pengurusan Bencana Covid-19 Negeri Sabah

Berdasarkan laporan Jabatan Kesihatan Negeri Sabah, jumlah kes positif baharu COVID-19 pada hari ini adalah sebanyak 2,874 kes, menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 337,380 kes. Sebanyak empat (4) kes kematian dilaporkan pada hari ini iaitu masing-masing satu (1) kes di daerah Tawau, Keningau, Kota Kinabalu dan Kota Belud. Bilangan kematian ini tidak semestinya berlaku dalam tempoh 24 jam ini. Ada kes kematian yang mengambil masa untuk verifikasi dan dilaporkan kemudian daripada tarikh sebenar. Takziah diucapkan kepada keluarga yang terlibat.

Bilangan pesakit COVID-19 sembuh ialah 3,911 (termasuk yang discaj dari hospital/PKRC) menjadikan jumlah kumulatif 284,023 orang. Manakala 1,921 pesakit sedang menerima rawatan iaitu 1,143 orang di hospital, 717 orang di Pusat Kuarantin dan Rawatan Berisiko Rendah (PKRC) Awam, 60 orang di Pusat Tahanan Sementara (PTS) / penjara dan satu (1) orang di fasiliti swasta. Bilangan pesakit yang memerlukan penjagaan kritikal ialah 69 orang merangkumi 57 di ICU/repurposed kritikal care serta 12 di open ward (HDW/kubikel akut) dan 34 orang lagi memerlukan alat bantuan pernafasan (ventilated). Manakala bilangan pesakit stage empat (4) dan lima (5) yang masih belum lengkap vaksin ialah 90 (27.44%).

Kedudukan Kes Positif COVID-19

a. Sabah mencatatkan jumlah kes baharu di bawah paras 3,000 buat pertama kalinya sejak 10 Februari 2022 dengan 2,874 kes. Ini merupakan penurunan sebanyak 861 kes berbanding jumlah semalam.

b. Peratusan kes jangkitan sporadik masih tinggi, 58.8% hari ini, dan trend menurun sejak beberapa hari belum pasti boleh bertahan. Kes-kes tertunggak (daftar lewat) juga masih tinggi dan ini akan mempengaruhi jumlah kes harian yang dilaporkan setiap hari sehinggalah semua ‘backlogs’ di ‘bersihkan’. Berdasarkan keadaan semasa dan bagi tujuan pendataan, semua kes yang direkodkan dalam tempoh 5 hari dikira oleh JKNS sebagai jumlah kes semasa (actual kes).

c. Sebanyak 21 daripada 27 daerah di Sabah mencatatkan penurunan kes dengan beberapa daerah mencatatkan jumlah penurunan yang agak besar. Sembilan (9) daerah mencatatkan kes tiga (3) angka iaitu Kota Kinabalu 775 kes, Tuaran 324 kes, Penampang 272 kes, Putatan 210 kes, Tenom 160 kes, Papar 151 kes, Kota Belud 131 kes, Tawau 127 kes dan Keningau 120 kes. Sebanyak 16 daerah pula mencatatkan kes dua (2) angka. Daerah Kalabakan mencatatkan empat (4) kes dan Semporna tiga (3) kes baharu.

d. Satu (1) kluster baharu tempat kerja diisytiharkan di Tenom hari ini, iaitu Kluster Tolokoson Kem Dua. Ini menjadikan jumlah kluster aktif di Sabah setakat in sebanyak 42 kluster.

e. Kluster Tolokoson Kem Dua melibatkan warga kerja Sino Hydro Kem Dua Tolokoson. Indeks kes merupakan seorang lelaki, bukan warganegara, berumur 59 tahun yang dikesan melalui saringan bergejala pada 19/2/2022. Saringan terhadap kontak rapat di kalangan rakan sekerja telah mendapati 137 orang lagi didapati positif. Ini menjadikan jumlah kumulatif mereka yang telah dijangkiti seramai 138 orang setakat 27/2/2022. Semua mereka telah diasingkan dan diberi rawatan selanjutnya. Kontak rapat tidak bergejala juga telah diberikan perintah kuarantin. Siasatan awal punca penularan mendapati jangkitan bermula di dalam kawasan tapak pembinaan.

f. Sejumlah 2,859 atau 99.47% daripada 2,874 kes hari ini adalah dalam Kategori 1 dan 2, enam (6) kes dalam Kategori 3, tujuh (7) kes dalan Kategori 4 dan dua (2) kes dalam Kategori 5.

g. Setakat ini, PICKids Sabah telah berjaya melaksanakan pemberian vaksin kepada 42,823 kanak-kanak daripada 411,400 kanak-kanak berumur antara 5-11 tahun yang layak divaksin. Sebanyak 353 kes hari ini melibatkan kanak-kanak bawah umur 11 tahun yang belum divaksin, dengan 171 daripadanya merupakan kanak-kanak yang belum layak mendapat vaksin (bawah umur 5 tahun)

Terdapat satu (1) kluster baharu direkodkan hari ini.

Kluster Tolokoson Kem Dua – Tenom dipercayai menular di tapak pembinaan Sino Hydro Kem 2 Tolokoson. Kluster tempat kerja ini dikesan melalui saringan bergejala seorang lelaki, bukan warganegara, 59, pada 19 Februari 2022. Saringan terhadap 295 kontak rapat yang terdiri daripada rakan sekerja mendapati pertambahan 137 kes, menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 138 kes. Semua kes telah diasingkan dan diberikan rawatan selanjutnya. Kontak rapat tidak bergejala juga telah diberikan perintah kuarantin.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 09:31 AM GMT+8 , Processed in 0.060471 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list