CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 346|Reply: 0

[Sabah] Kesan waris kanak-kanak, bantu urusan hak penjagaan

[Copy link]
Post time 27-2-2022 08:51 AM | Show all posts |Read mode


MOHAMMAD ABDULLAH

SANDAKAN: Pejabat Perkhidmatan Kebajikan Am Bahagian Sandakan mengesan keluarga atau waris seorang kanak-kanak lelaki yang merupakan mangsa pengabaian.

Pelindung Bahagian Sandakan Nurhafiza Abdul Rahman berkata, pihaknya sedang menjalankan siasatan untuk mengesan waris kanak-kanak terbabit, setelah kes itu dirujuk oleh pengadu Ismail London pada 24 Januari 2022.

Beliau berkata, dalam laporan polis dibuat oleh pengadu bertarikh 24 Januari 2022 menyatakan bahawa dia menjaga kanak-kanak bernama Mohammad Abdullah.

“Menurut pengadu, ibu kandung yang dikenali sebagai Salina Dakis menyerahkan kanak-kanak berkenaan sejak 2010 dan sudah tidak dapat dikesan sehingga kini,” katanya.

Nurhafiza berkata, pengadu menemuinya bagi memohon bantuan untuk urusan hak penjagaan bagi memudahkan segala urusan berkaitan kanak-kanak itu pada masa akan datang.

Menurutnya, kes berkenaan sedang diambil tindakan dibawah Seksyen 17(1)(d) Akta Kanak-Kanak 2001 (Pindaan 2016).

Sehubungan itu, beliau meminta ibu bapa kandung atau waris tampil membantu siasatan bagi memudahkan segala urusan berkaitan kanak-kanak ini.

Sebarang maklumat lanjut boleh menghubungi Nurhafiza di pejabatnya melalui talian 089-668494/667821.


utusanborneo.com.my/2022/02/26

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

18-4-2024 11:51 AM GMT+8 , Processed in 0.086442 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list