CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 360|Reply: 0

[Sabah] GRS bakal didaftar, mantapkan kerjasama bangunkan Sabah

[Copy link]
Post time 27-2-2022 08:46 AM | Show all posts |Read mode


MELAWAT: Hajiji (tengah) ketika melawat ke tapak bencana kebakaran di Kg. Landung Ayang.

KUDAT: Gabungan Rakyat Sabah (GRS) bakal didaftarkan dalam memastikan kerjasama di antara parti-parti yang mendokong kerajaan negeri terus dapat dimantapkan.

Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor berkata, perkara itu juga merupakan kemahuan di antara parti-parti gabungan berkenaan di negeri ini.
“Insya-Allah GRS akan kita daftarkan, kerana inilah kemahuan parti-parti gabungan ini.

“Kita mesti ada satu gabungan parti yang rasmi, jadi dengan gabungan ini maka akan bertambah mantaplah kerjasama di antara parti-parti yang mendokong kerajaan negeri
sekarang ini,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyantuni dan menyerahkan Bantuan Wang Ihsan kepada mangsa kebakaran Kampung Landung Ayang di Dewan Tun Mustapha, hari ini.

Sementara itu, mengulas mengenai hasrat Parti Kesejahteraan Demokratik Masyarakat (KDM) yang dipimpin Datuk Peter Anthony untuk menyertai atau menyokong GRS, Hajiji amat mengalu-alukan perkara tersebut.

Bagaimanapun jelasnya, sebarang keputusan mestilah mendapat sokongan dan dokongan daripada parti-parti pemerintah yang sedia ada terlebih dahulu.

“Jadi mengenai hasrat parti yang dipimpin oleh Datuk Peter Anthony untuk menyertai atau menyokong GRS, kita amat mengalu-alukan.

“Inilah tujuan kita untuk satu kestabilan politik di negeri Sabah supaya kita dapat fokus untuk membangunkan negeri Sabah.

“Kita baru sahaja diberi mandat untuk memerintah negeri Sabah dan kita lebih kurang empat tahun lagi jadi usaha kita patut ditumpukan kepada pembangunan, ekonomi dan rakyat kita.

“Jadi, kita mengalu-alukan, tetapi apa pun kita mempunyai gabungan parti-parti lain di mana apa pun kita lakukan atau putuskan, mestilah mendapat sokongan dan dokongan daripada semua rakan-rakan,” katanya lagi.

Peter yang merupakan bekas Naib Presiden Parti Warisan Sabah (WARISAN) terdahulu bertindak keluar daripada parti berkenaan pada Disember tahun lalu sebelum menyatakan hasrat menubuhkan parti baharu pro GRS.

Untuk rekod, GRS terbentuk selepas Pilihan Raya Negeri ke-16 (PRN-16) Sabah pada tahun 2020 dengan melibatkan beberapa parti termasuklah gabungan Perikatan Nasional (PN), Barisan Nasional (BN) dan Parti Bersatu Sabah (PBS).


utusanborneo.com.my/2022/02/26

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 07:23 PM GMT+8 , Processed in 0.070516 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list