CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 464|Reply: 0

[Sabah] 513 RKAT bakal dinikmati warga tentera Kem Lok Kawi

[Copy link]
Post time 27-2-2022 08:29 AM | Show all posts |Read mode


PERJANJIAN: SST Pembinaan RKAT tambahan pelbagai kelas Kem Lok Kawi yang dimaterai diantara JKR dan pihak kontraktor.

KOTA KINABALU: Warga tentera di Kem Lok Kawi bakal menikmati kemudahan penginapan Rumah Keluarga Angkatan Tentera (RKAT) yang lebih baik dan selesa menjelang 2025.

Markas Divisyen Kelima Infantri Malaysia (5 Div) dalam satu kenyataan di sini memaklumkan kerja pembinaan rumah baharu akan mula dilaksanakan tidak lama lagi selepas acara menandatangani Surat Setuju Terima (SST) Pembinaan RKAT tambahan pelbagai kelas Kem Lok Kawi berjaya dimaterai baru-baru ini.

Jurucakap 5Div berkata perjanjian dilaksanakan diantara Ketua Pengarah Kerja Raya Malaysia Datuk Ir. Mohamad Zulkefly Sulaiman dengan wakil syarikat kontraktor yang dilantik di saksikan oleh Timbalan Menteri Kerja Raya Malaysia Datuk Arthur Joseph Kurop di Dewan Kinabalu Kem Lok Kawi di sini.

“Projek pembangunan bernilai RM 188 Juta ini dijangka siap sepenuhnya pada 2025 merangkumi pembinaan 513 unit RKAT baharu serta kemudahan lain.

“Ianya termasuklah tempat letak kenderaan terbuka, empat unit taman permainan kanak-kanak, pencawang elektrik, menara tangki, rumah pam dan 14 unit rumah sampah,” katanya.

Menurutnya buat masa ini, Kem Lok Kawi mempunyai 462 unit RKAT bagi pasukan-pasukan yang berada dibawah tanggungjawab Markas Staf Stesen Lok Kawi.

“Jumlah ini masih tidak mencukupi menyebabkan ada diantara warga tentera menyewa di luar kawasan kem dengan kadar sewaan yang tinggi serta jarak perjalanan jauh dari rumah ke tempat kerja.

“Projek pembinaan ini adalah sebahagian daripada perancangan TD sejajar dengan hasrat pihak kerajaan dalam menyediakan kediaman yang selesa mengikut kelayakkan serta memenuhi Aspirasi Keluarga Malaysia,” katanya.

Sebaik perjanjian dimaterai, Arthur sempat meninjau lokasi pembinaan dan kawasan sekitar untuk melihat dengan lebih dekat keadaan serta keperluan warga tentera di kem ini.

Turut sama hadir Komander Artileri 5 Divisyen, Kolonel Zamri Mat Esa, Pengarah Cawangan Kerja Keselamatan Jabatan Kerja Raya Malaysia, Ir. Maria Marcus, Timbalan Pengarah (Pembangunan) Bahagian Khidmat Pengurusan MinDef Sabah Emilda Sabin dan Pengarah Pembinaan Pasukan Projek Khas 2 Jabatan Kerja Raya Malaysia Ir. Jasmi Wahab.


utusanborneo.com.my/2022/02/26

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

17-4-2024 03:48 AM GMT+8 , Processed in 0.267795 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list