CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 341|Reply: 0

[Sabah] Cadangan Kad Warga Asing perlu dibincang semua parti

[Copy link]
Post time 26-2-2022 03:23 PM | Show all posts |Read mode
Edited by Vellfire at 26-2-2022 07:24 AM



KOTA KINABALU: Ketua Pemuda Parti Bersatu Sabah (PBS), Christoper Mandut (gambar) menyeru agar perbincangan antara parti-parti politik yang ada di Sabah diadakan terhadap cadangan Kementerian Dalam Negeri untuk memberikan Kad Warga Asing sebelum sebarang keputusan dibuat.

Selain itu, Christoper juga berharap perkara tersebut dibawa serta dibahas dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah terlebih dahulu.

Katanya, Pergerakan Pemuda PBS tidak akan mendiamkan diri sekiranya tiada perbincangan dibuat.

Beliau mengulas kenyataan Menteri Dalam Negeri mengenai cadangan pemberian kada Warga Asing yang telah menimbulkan  kerisauan dalam kalangan rakyat Sabah.

Christoper menegaskan sebarang pemberian apa-apa dokumen pengenalan diri perlu diteliti dari semua sudut kerana ia adalah isu yang sensitif dan melibatkan perlembagaan.

Beliau juga berterima kasih kepada Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor yang telah menjelaskan bahawa masih belum ada sebarang keputusan mengenai cadangan Kad Warga Asing itu dan akan membincangkan perkara ini terlebih dahulu dengan jawatankuasa berkaitan dan Kabinet negeri.

Christoper turut bersetuju dengan kenyataan yang dibuat oleh mantan presiden PBS yang juga Huguan Siou (Pemimpin Agung masyarakat Kadazandusun), Tan Sri Pairin Kitingan yang menyatakan bahawa rakyat adalah tanggungjawab kerajaan dan bukannya yang bukan warganegara.

“Isu pendatang asing tanpa izin (PTI) ini perlu diselesaikan dengan segera dan kuasa politik Kerajaan Negeri dan Pusat perlu bekerjasama,” katanya dalam satu kenyataan media semalam.

Christoper juga meminta kerajaan Pusat melipatgandakan usaha mempertahankan kuasa-kuasa imegresen yang melibatkan isu PTI.

Dalam pada itu, beliau bersama dengan semua ahli pergerakan pemuda turut memuji usaha yang diberikan oleh Presiden PBS, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah dan Sarawak), Datuk Seri Dr. Maximus Ongkili yang begitu konsisten dalam mempertahankan hak rakyat Sabah di peringkat persekutuan serta mewujudkan hubungan baik yang seiring dengan hala tuju kerajaan negeri.

“Ini sekali gus membuktikan kerajaan negeri mempunyai keupayaan untuk mempertahankan hak-hak Sabah dan dalam masa yang sama memelihara hubungan baik persekutuan-negeri bagi memastikan kemakmuran bersama untuk rakyat Sabah,” katanya.

Christoper menyeru kepada semua agar terus bersatu hati dan mempertahankan hak-hak rakyat Sabah seperti yang termaktub dalam Perjanjian Malaysia (MA63).


utusanborneo.com.my/2022/02/26

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 02:43 PM GMT+8 , Processed in 0.404412 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list