CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 409|Reply: 0

[Sabah] Lelaki maut kereta terbabas jatuh ke gaung

[Copy link]
Post time 25-2-2022 09:12 PM | Show all posts |Read mode


OPERASI: Pasukan bomba melakukan operasi menaikkan mangsa yang terjatuh ke dalam gaung.

KOTA BELUD: Seorang lelaki maut selepas kenderaan dinaiki terbabas ke dalam gaung sedalam 80 kaki di Jalan Ranau Bypass berdekatan Simpang Kampung Tombotuan di sini  awal pagi tadi.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kota Belud Syazwan Latun berkata kejadian jam 8.07 pagi itu membabitkan sebuah kereta jenis kenderaan pelbagai guna (MPV).

“Kenderaan mangsa dipercayai hilang kawalan sebelum terbabas sendiri di bahu jalan lalu jatuh ke dalam gaung sedalam 80 kaki.

“Pasukan bomba yang tiba di lokasi kejadian segera mengeluarkan mangsa yang tidak sedarkan diri di dalam kenderaan terbabit,” katanya.

Menurutnya mangsa yang berjaya dikeluarkan menggunakan peralatan kebombaan dibawa naik ke kawasan selamat menggunakan pengusung.

“Mangsa berumur 75 tahun itu kemudiannya disahkan meninggal dunia oleh pasukan perubatan dan diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.

“Operasi ditamatkan jam 10.06 pagi kemudian,” katanya.


utusanborneo.com.my/2022/02/24

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 02:54 AM GMT+8 , Processed in 0.049186 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list