CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 358|Reply: 0

[Sabah] Rumah dua tingkat musnah terbakar

[Copy link]
Post time 25-2-2022 09:06 PM | Show all posts |Read mode
Edited by Vellfire at 25-2-2022 01:08 PM



PADAM: Pasukan bomba menjalankan operasi memadam kebakaran membabitkan rumah dua tingkat di Kampung Dundau di sini.

KOTA BELUD: Rumah dua tingkat di Kampung Dundau Jalan Piasau di sini musnah dalam kebakaran kira-kira jam 9 pagi semalam.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kota Belud Syazwan Latun berkata pihaknya mendapat panggilan kecemasan berkenaan kejadian pada jam 9.04 pagi.

Katanya sepasukan anggota serta pegawai dari BBP Kota Belud kemudiannya digerakkan ke lokasi sejauh 15 kilometer dari jarak balai.

Menurutnya pasukannya mengalami kesukaran untuk ke lokasi disebabkan laluan ke kediaman berkenaan yang agak sempit.

“Pasukan kita terpaksa menaiki kenderaan pacuan empat roda sejauh 1.5 kilometer dan sebaik tiba, pasukan bomba segera menjalankan operasi pemadaman.

“Pemadaman dilaksanakan menggunakan sumber air dari pam angkut dan sumber air terbuka iaitu dari parit berhampiran lokasi kebakaran,” katanya.

Beliau berkata kebakaran akhirnya dapat dikawal pada jam 9.47 pagi dan mujurlah tiada kecederaan atau kemalangan jiwa yang dilaporkan dalam kes ini.

“Kebakaran memusnahkan sebuah rumah dua tingkat seluas 40X50 kaki persegi.

“Setakat ini punca kejadian serta jumlah keseluruhan kerugian masih dalam siasatan pihak berkuasa,” katanya sambil menambah operasi ditamatkan jam 10.25 pagi.


utusanborneo.com.my/2022/02/25


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 12:15 PM GMT+8 , Processed in 0.064660 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list