CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 306|Reply: 0

[Sabah] Covid-19 25/02/2022

[Copy link]
Post time 25-2-2022 07:53 PM | Show all posts |Read mode
Edited by Vellfire at 25-2-2022 11:56 AM



COVID-19 : Kes Sporadik Kekal Tinggi

KOTA KINABALU : Peratusan jangkitan sporadik atau kes yang dikesan melalui saringan bergejala dalam komuniti di Sabah kekal tinggi iaitu pada 65.48 peratus daripada 4,256 kes jangkitan yang dilaporkan pada hari ini.

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah Datuk Seri Masidi Manjun berkata, ia juga merupakan penyumbang utama kepada jangkitan baharu di 20 daerah daripada 27 daerah di negeri ini.

Katanya, rakyat sekali lagi diingatkan agar sentiasa mematuhi semua prosedur standard operasi (SOP) sepanjang masa ketika berada di khalayak ramai khususnya ditempat-tempat awam yang sesak.

“Meskipun jumlah kes jangkitan menurun sebanyak 636 kes, namun jumlah ini harus dilihat dalam konteks bahawa sebahagian besar kes-kes baharu di beberapa daerah seperti Kota Kinabalu, Penampang, Papar dan Putatan merupakan keputusan saringan kes-kes tertunggak yang baru didaftarkan dalam masa 24 jam yang lalu.

“Kota Kinabalu kekal mencatatkan kes empat angka dengan 1,241 kes. Sebanyak 11 daerah mencatatkan kes tiga angka iaitu Papar 370 kes, Putatan 363 kes, Penampang 345 kes, Tuaran 308 kes, Kota Belud 186 kes, Tawau 165 kes, Sandakan 157 kes, Keningau 144 kes, Beaufort 126 kes, Lahad Datu 113 kes dan Kota Marudu 100 kes.

“Sejumlah 13 daerah lain mencatatkan kes dua angka sementara Semporna mencatatkan lima kes dan Kalabakan empat kes,” katanya dalam kenyataan disini hari ini.

Masidi berkata, satu kluster tempat kerja diisytiharkan tamat hari ini iaitu Kluster Jalan Binunuk yang melibatkan lokaliti Beaufort dan Papar.
Katanya, jumlah kluster aktif di seluruh Sabah setakat ini ialah 41 kluster.

“Sejumlah 99.56 peratus atau 4,237 daripada 4,256 kes adalah dalam kategori satu dan dua, sembilan  kes dalam kategori tiga, empat kes dalan kategori empat dan enam kes dalam kategori lima,” katanya.

Dalam pada itu, Masidi berkata, Program Imunisasi COVID-19 Kanak-Kanak (PICKids) Sabah telah berjaya melaksanakan pemberian vaksin kepada 36,382 daripada 411,400 kanak-kanak berumur antara lima hingga 11 tahun yang layak untuk divaksin.

Katanya, sebanyak 517 kes pada hari ini melibatkan kanak-kanak bawah umur 11 tahun yang belum divaksin, dengan 237 daripadanya kanak-kanak bawah umur lima tahun yang belum layak mendapatkan vaksin.


sabahmedia.com/2022/02/25

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 01:53 AM GMT+8 , Processed in 0.051084 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list