CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 408|Reply: 0

[Sabah] Bekas tentera, rakan sejenayah ditahan pecah rumah sebabkan kerugian lebih RM500 ribu

[Copy link]
Post time 25-2-2022 04:26 PM | Show all posts |Read mode
Edited by Vellfire at 25-2-2022 08:27 AM



RAMPAS: Mohd Zaidi menunjukkan rampasan pistol dan beberapa barangan berharga lain yang berjaya dirampas kembali daripada Geng Gurun.

KOTA KINABALU: Kegiatan seorang bekas tentera mewujudkan kumpulan yang menjalankan kegiatan pecah rumah sejak enam bulan lalu akhirnya tumpas selepas ditahan dalam beberapa siri serbuan sekitar daerah ini.

Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu Asisten Komisioner Mohd Zaidi Abdullah berkata suspek berumur 34 tahun yang berasal dari Gurun Kedah bersama empat lagi rakan sejenayah berumur 33 hingga 62 tahun ditahan bermula awal bulan ini.

“Hasil siasatan mendapati kumpulan yang dikenali sebagai Geng Gurun menjalankan 19 jenayah pecah rumah sekitar ibu negeri sejak enam bulan lalu.

“Mereka melarikan pelbagai barangan berharga termasuk wang tunai, barang kemas, beg dan jam tangan jenama antarabangsa, telefon bombit, komputer riba, peti besi, sepucuk pistol serta pelbagai barangan lain dengan membabitkan kerugian mencecah RM500,000.

“Geng Gurun ini juga terlibat dalam beberapa kes jenayah pecah rumah di beberapa daerah sekitar termasuk tiga kes di Tuaran, dua kes masing-masing di Kota Marudu dan Penampang dengan kerugian sehingga RM200,000,” katanya dalam sidang media di IPD Kota Kinabalu di sini semalam.

Mohd Zaidi berkata modus operandi yang digunakan oleh kumpulan ini adalah dengan menyasarkan rumah mewah termasuk rumah orang kenamaan sebelum memecah masuk melalui jendela atau melompat pagar semasa ketiadaan penghuni.

“Kumpulan ini kemudiannya melarikan barangan berharga dan melupuskan kesemua barangan terbabit dengan cara menjual di kedai pajak gadai di ibu negeri serta Kota Belud yang akan dilakukan oleh salah seorang suspek yang ditahan iaitu isteri kepada orang kanan suspek utama.

“Suspek juga akan menjual barangan berharga kepada pihak pembeli warga tempatan yang berada di Ampang Selangor dan akan menghantar barangan itu menggunakan perkhidmatan kurier,” katanya.

Beliau berkata pihak polis juga sudah menjalankan tangkapan terhadap pembeli itu dan menemukan pelbagai barangan berharga lain yang dipercayai hasil curi berikutan suspek gagal mengesahkan sumber barangan itu diperoleh.

“Polis kini sedang memburu enam lagi suspek iaitu ahli Geng Gurun yang aktif termasuk warga asing yang terlibat dalam kegiatan pecah rumah.

“Saya ingin memberi amaran kepada penjenayah yang menjalankan kes pecah rumah bahawa kegiatan memakai penutup muka serta hoodie tidak akan menghalang pihak polis untuk menjalankan penangkapan.

“Kita mempunyai pasukan khas yang ditugaskan untuk menangani kes jenayah dan dalam masa terdekat penjenayah yang dikesan melalui rakaman kamera litar tertutup akan ditahan berdasarkan pengesanan fizikal suspek,” katanya.

Menurutnya kesemua suspek yang ditahan mempunyai pelbagai rekod jenayah lampau mengikut pelbagai kesalahan itu kini ditahan reman dan kes disiasat mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan.


utusanborneo.com.my/2022/02/24
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

18-4-2024 11:19 AM GMT+8 , Processed in 0.720751 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list