CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1227|Reply: 15

Pesara Rugi Lebih Setengah Juta Ringgit Diperdaya Mastura LHDN

[Copy link]
Post time 25-2-2022 11:46 AM | Show all posts |Read mode
Kuala Terengganu: Pesara kerajaan rugi RM532,800 apabila wang persaraan dan hasil gadaian barangan kemas milik isterinya lesap selepas menjadi mangsa sindiket penipuan Macau Scam dalam kejadian di daerah ini.


Kejadian dipercayai bermula selepas lelaki berusia 65 tahun itu menerima panggilan daripada individu yang memperkenalkan diri sebagai 'Mastura' pada Oktober tahun lalu.


Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Terengganu Superintendan M Zambri Mahmud berkata, suspek memaklumkan nama mangsa berada dalam senarai perhatian pihak Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).


Gambar Hiasan




Menurutnya, suspek juga mendakwa mangsa terbabit dalam pengubahan wang haram sebelum mengarahkannya membuka satu akaun baharu dengan memberikan semua maklumat peribadi dan akaun kepadanya.


Katanya, mangsa yang ketakutan akur dengan arahan diberikan apabila bertindak mengeluarkan semua wang simpanannya selain turut mengadai barangan kemas isterinya sebelum wang diperoleh dimasukkan ke dalam akaun yang baharu dibuatnya.


"ada mulanya, mangsa tidak mengesyaki apa-apa namun menyedari ditipu apabila mendapati duit yang ada di dalam akaun berkenaan dikeluarkan tanpa pengetahuannya.


"Cubaan mangsa menghubungi semula suspek juga gagal sebelum mengambil keputusan membuat laporan di Balai Polis Kuala Terengganu pada Selasa lalu.


"Siasatan lanjut sedang dijalankan dan kes disiasat mengikut Seksyen 420 kanun keseksaan kerana menipu," katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.


M Zambri turut mengingatkan orang ramai supaya berhati-hati sekiranya menerima panggilan telefon daripada individu yang mengaku daripada penguat kuasa, bank atau mana-mana agensi kerajaan.


Katanya, orang ramai dinasihatkan untuk membuat semakan terlebih dahulu sekiranya menerima panggilan seperti itu, selain tidak sewenang-wenangkan memberi maklumat peribadi dan perbankan kepada individu tidak dikenali. -CARI


Sumber: Harian Metro
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-2-2022 11:52 AM From the mobile phone | Show all posts
Aduh pakcik...why...tak baca surat khabar ke..
Ke langsung tak bercampur org..senang sgt kene tipu
Reply

Use magic Report

Post time 25-2-2022 12:21 PM From the mobile phone | Show all posts
helle: Aduh pakcik...why...tak baca s ...

Tak perlu surat kabar..baca porum pun dah memadai.
Reply

Use magic Report

Post time 25-2-2022 12:26 PM | Show all posts
Nasib Mastura bukan Maznah
Reply

Use magic Report

Post time 25-2-2022 12:29 PM From the mobile phone | Show all posts
Haritu ada scammer mengaku dr lhdn call saya...saya kata saya kerja dr lhdn...lepas tu tanya dia tak takut mati ka nanti balik dr scam orang mati katak accident
Reply

Use magic Report

Post time 25-2-2022 12:41 PM | Show all posts
Baru kluaq gua ka pakcik ni?
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 25-2-2022 12:51 PM From the mobile phone | Show all posts
Scammers ni mesti ada vvip yg sokong or ada pihak yg berautoriti yg lindung sbb never ending stories..kau tangkap pun ikan bilis je  i x peecaya addy kana tu master mind .mesti ada org arahkan dia....mmg teruk dah msia ni
Reply

Use magic Report

Post time 25-2-2022 03:34 PM | Show all posts
same dgn bapak aku dapat call kekonon dr pihak LHDN
tp bapak aku tak layan pun
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-2-2022 08:52 PM From the mobile phone | Show all posts
Iols pun dpt call dgr suara robot ckp dari lhdn. Terus putuskan call..2 x dia call this week.
Reply

Use magic Report

Post time 28-2-2022 07:01 AM From the mobile phone | Show all posts
Tapi pelik banyak je keluar berita pasal scammer ni semua, tp tetap lah ada yg terkena. Tak paham lah mcm mana boleh percaya sbb tengok pada news tu, semua scam pun sama je cara nya.
Reply

Use magic Report

Post time 28-2-2022 07:08 AM From the mobile phone | Show all posts
Subian replied at 25-2-2022 12:29 PM
Haritu ada scammer mengaku dr lhdn call saya...saya kata saya kerja dr lhdn...lepas tu tanya dia tak ...

Aku prnh dpt scammer katanya dr lhdn, apek cakap bm pun tunggang langgang..
Bila aku ckp aku pun keje lhdn terus fu*k, p*k*mak kan aku...lama pulak tu..ku letak tepi je phone..dia bosan dia hangup..pas tu call aku lagi semata nk maki aku
Sialan punya cina scammer...harap2 dah mampos bunuh diri masa pkp first dulu
Reply

Use magic Report

Post time 28-2-2022 07:08 AM From the mobile phone | Show all posts
Paris19 replied at 28-2-2022 07:01 AM
Tapi pelik banyak je keluar berita pasal scammer ni semua, tp tetap lah ada yg terkena. Tak paham la ...

Aku percaya je kalau ada teknik pukau guna suara. Kalau tak, tak kan lah peguam la lecturer lah kena tipu. Kawan aku cerita ada org keja bank ni rasa ada tak kena dengan sorang pelanggan ni asik keja nak bank in duit ke luar negara. Sebab blur blur khayal. Tah apa dia cakap pastu pelanggan tu macam tersedar.
Reply

Use magic Report

Post time 28-2-2022 07:10 AM From the mobile phone | Show all posts
Paris19 replied at 28-2-2022 07:01 AM
Tapi pelik banyak je keluar berita pasal scammer ni semua, tp tetap lah ada yg terkena. Tak paham la ...

Bila layan lama2 hati pun rasa mcm eh betul ke betul ke...patut bila dgr je pelik2 ni terus hangup..tak payah layan
Reply

Use magic Report

Post time 28-2-2022 07:11 AM From the mobile phone | Show all posts
kalo tk buat salah apasal nak takut
kalo mmg duit persaraan bersih. sumber bersih. tkde sapa boleh claim apa2..
yg gelabah tu dah kenapa???
tanya2 lah org lain dulu knapa lhdn cari.. mcm mana org boleh tau duit ada ratus2 ribu dlm bank. selalu nya kes mcm ni bkn sehari duit tu lesap tp berhari-hari..
Reply

Use magic Report

Post time 28-2-2022 11:26 AM | Show all posts
i pelik lah kenapa masih ada manusia bimbo yg sangke agensi kerajaan cari org gunakan telefon. hell no, agensi kerajaan / penguatkuasa kalau dia nak cari u / saman u dia guna surat berdaftar atau dia hantar je terus pegawai depan rumah u bersama notis atau waran. takda by call bocorkan rahsia dlm pemerhatian ke disyaki. kalau u disyaki officer terus muncul depan rumah / tempat kerja secara tiba2 takda warning
Reply

Use magic Report

Post time 28-2-2022 03:02 PM | Show all posts
zehra2 replied at 28-2-2022 07:11 AM
kalo tk buat salah apasal nak takut
kalo mmg duit persaraan bersih. sumber bersih. tkde sapa boleh ...

betul tu

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-2-2025 09:57 PM GMT+8 , Processed in 0.060206 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list