View: 794|Reply: 6
|
Gempa Bumi Di Indonesia, Lembah Klang Pun Bergegar
[Copy link]
|
|
Shah Alam: Gegaran dilaporkan berlaku pada pukul 9.39 pagi tadi di beberapa kawasan di Lembah Klang dipercayai berpunca daripada kejadian gempa bumi di Sumatera, Indonesia.
Antara kawasan di Selangor dan Kuala Lumpur yang didakwa mengalami gegaran seperti Kompleks Mahkamah Shah Alam, Petaling Jaya, Cyberjaya dan Wisma Radio Televisyen Malaysia (RTM) Angkasapuri.
Bagaimanapun, Utusan Malaysia sedang menunggu maklumat lanjut daripada Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JPBM) Selangor untuk pengesahan dan kawasan-kawasan lain yang terlibat.
 Foto: Kosmo
Terdahulu, akhbar ini melaporkan gegaran berkekuatan 6.2 skala Richter melanda Pasaman Barat di Sumatera Barat, hari ini.
Lapor Kompas.com, gempa bumi itu berlaku kira-kira pukul 8.39 pagi waktu tempatan, 17 kilometer ke timur laut Pasaman Barat.
Gempa bumi itu direkodkan berlaku pada kedalaman 10 kilometer dan setakat ini, ia tidak menyebabkan ancaman tsunami. – CARI
Sumber: Utusan |
|
|
|
|
|
|
|
Akak sangkakan ada orang mahu hantar tuju2 pada akak kerana kerusi di depan akak bergerak sendiri |
|
|
|
|
|
|
|
Putrajaya pun sama....tiba2 PC dan meja ofis bergerak, kepala pening tetiba. |
|
|
|
|
|
|
|
Aku pon kene pagi tadi. Rase pusing2 nak pitam. Pas mak aku (dia pon rasa tremor) share news article psl gempa, baru make sense. |
|
|
|
|
|
|
|
aku siap nk pening nk muntah.. kemain kerusi aku bergerak.. pastu semua huru hara dh rasa gegaran tu..
alih2 wassap group pn semua tnya.. ipar aku ingt ada lori besar lalu dpn umah dia..hahah.. |
|
|
|
|
|
|
|
aku kat office tgh kerja. rasa gegar tgk keliling semua buat bodo, ingat aku shivering sorg2x x sehat ka, sekali building announcement …betul la aku rasa. dasyat betui kelig aku concentrate buat kerja. |
|
|
|
|
|
|
| |
|