CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 2573|Reply: 24

[Tempatan] Berita malam kelam:Bagaimana Perang Rusia-Ukraine Memberi Impak Maksima Inflasi Kepada Malaysia

[Copy link]
Post time 25-2-2022 12:48 AM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
Edited by YgBenar at 25-2-2022 12:54 AM

Isu ini akan mengakibatkan lonjakan harga minyak seterusnya menyebabkan berlaku inflasi. Minyak mentah Brent sudah melepasi paras US$100.”

Kesan inflasi kepada negara
Bukan itu sahaja, menurut penganalisis kanan Institut Kajian Strategik dan Antarabangsa (ISIS) Malaysia, Shahriman Lockman, rakyat Malaysia harus memberikan perhatian kepada isu ini kerana ia mampu memberikan kesan inflasi kepada negara.

Ini kerana konflik ini akan menyebabkan lonjakan harga minyak sekaligus membawa kepada kenaikan inflasi. Malah ia terbukti apabila harga minyak mentah dunia melonjak melepasi paras AS$100 setong sebaik pengisytiharan perang diumumkan Putin di televisyen.

Rakyat Malaysia harus ambil tahu kerana isu ini akan mengakibatkan lonjakan harga minyak seterusnya menyebabkan berlaku inflasi. Minyak mentah Brent sudah melepasi paras US$100.”
Shahriman Lockman,

Buat makluman anda semua kenaikan harga minyak ini merupakan yang tertinggi dan yang pertama sejak konflik Crimea pada tahun 2014.

Harus diingatkan Rusia mempunyai rizab terbesar dan merupakan pengeksport gas asli terbesar di dunia.

Harga petrol juga meningkat
Dengan kenaikan ini juga bermakna harga petrol semasa di Malaysia kita akan turut meningkat. Ini kerana turun dan naik harga minyak di negara kita bergantung kepada dua faktor iaitu harga minyak mentah dunia dan juga kadar tukaran mata wang Ringgit.

Sekiraya berlaku peningkatan, ia pastinya akan memberikan kesan kepada kos pengangkutan dan perniagaan dan mungkin boleh menyebabkan berlaku kenaikan harga barangan yang sudah semakin menaik.

Tambah Shahriman, tindakan awal pencerobohan yang dilakukan ini juga berpotensi mencetus sesuatu yang lebih besar dan melarat ke wilayah berdekatan kita.

“Kita tak boleh benarkan kuasa besar untuk menuntut wilayah atas dasar sejarah dan bangsa. Tiada kesudahan untuk semua ini,” tegas Shahriman

Selain itu, industri lain seperti makanan dan pembuatan kereta juga tidak terkecuali menerima impak besar serta bakal berdepan gangguan rantaian bekalan.

Sektor pertanian di Eropah juga dijangka terkesan jika eksport baja dihasilkan Kiev dan Moscow mengalami gangguan yang akan menyebabkan kenaikan harga makanan di seluruh dunia.

Akibatnya, kejutan kepada kestabilan antarabangsa boleh melanda pasaran global berikutan ancaman pencerobohan tersebut didakwa berada pada skala yang tidak pernah dilihat sejak Perang Dunia Kedua tercetus.

Sumber Sinar Harian

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-2-2022 12:55 AM From the mobile phone | Show all posts
Bazar remdan tersenyum sinis
Reply

Use magic Report

Post time 25-2-2022 01:03 AM From the mobile phone | Show all posts
Belum perang pun malaysia teruk.. Tengah perang lagi jahanam dengan kerajaan sekarang ni. Dia dia dia tu  buat bodoh dia je..
Reply

Use magic Report

Post time 25-2-2022 01:09 AM From the mobile phone | Show all posts
Harga minyak naik 20 sen seliter, harga roti canai pun ikut sama naik 20 sen sebiji, bukan kerana ia diuli dengan minyak petrol Ron97, tetapi kerana pekerja-pekerja di situ datang dengan menaiki kapcai yang perlu diisi dengan minyak petrol Ron95.
Reply

Use magic Report

Post time 25-2-2022 02:47 AM | Show all posts
manzilla replied at 25-2-2022 01:09 AM
Harga minyak naik 20 sen seliter, harga roti canai pun ikut sama naik 20 sen sebiji, bukan kerana ia ...

dan macam biasa bila harga minyak dah turun balik, harga roti canai menten segitu tak turun ke harga asal pun
Reply

Use magic Report

Post time 25-2-2022 03:39 AM | Show all posts
roti canai frozen lagi mahal sekarang ni. dahla takde kuah ape.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 25-2-2022 04:59 AM From the mobile phone | Show all posts
Harga tepung gandum naik, bolehlah fefeeling makan satu keping roti canai dekat kedai mamak RM500 sekeping! Anney! Teh tarik wunnek!
Reply

Use magic Report

Post time 25-2-2022 05:05 AM From the mobile phone | Show all posts
Naik balik la harga ayam.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-2-2022 05:12 AM From the mobile phone | Show all posts
ultra78 replied at 25-2-2022 05:05 AM
Naik balik la harga ayam.

Harap-harap harga ayam Vietnam tak naik, kekal RM300 sejam, tak ngam kalu boleh tukar
Reply

Use magic Report

Post time 25-2-2022 06:55 AM | Show all posts
Pemorong2 suka lah ni...lps tu pasaraya naikn barang wpun tu stok lama....sedih!!
Reply

Use magic Report

Post time 25-2-2022 07:38 AM From the mobile phone | Show all posts
harga minyak naik sepatutnya petronas untung..
apa minyak petronas ni semua digali kat ukrin ke?

alasan nak naikkan harga minyak lettew
Reply

Use magic Report

Post time 25-2-2022 09:29 AM From the mobile phone | Show all posts
hyie replied at 25-2-2022 02:47 AM
dan macam biasa bila harga minyak dah turun balik, harga roti canai menten segitu tak turun ke har ...

Ada dua gulungan peniaga di Emsia:
1. Tauke besar Cina yang harganya ada naik turun.
2. Tauke Melayu kampung yang harganya naik tak turun-turun.
Reply

Use magic Report

Post time 25-2-2022 09:34 AM | Show all posts
naik beskal g opis...
Reply

Use magic Report

Post time 25-2-2022 09:35 AM | Show all posts
inflasi naik BLR pun naik lah kan? baru2 ni bank bagi kadar faedah rendah giler utk galakkan org beli rumah.. tapi tulah dalam situasi tak menentu ni sekejab jer satgi rate dia naik...
Reply

Use magic Report

Post time 25-2-2022 09:35 AM | Show all posts
analisis sampah ni...
Reply

Use magic Report

Post time 26-2-2022 09:04 AM From the mobile phone | Show all posts
Bila harga minyak naik, narga barang naik. Bila harga minyak turun, harga barang tak turun. Contoh terdekat…mamak2
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-2-2022 12:06 PM From the mobile phone | Show all posts
Solokkk replied at 26-2-2022 09:04 AM
Bila harga minyak naik, narga barang naik. Bila harga minyak turun, harga barang tak turun. Contoh t ...

Kalau bukan kerana wahyu itu sudah berakhir, aku akan menganggap ini kata-kata seorang nabi.
Reply

Use magic Report

Post time 26-2-2022 12:19 PM From the mobile phone | Show all posts
zidane_ziege replied at 25-2-2022 07:38 AM
harga minyak naik sepatutnya petronas untung..
apa minyak petronas ni semua digali kat ukrin ke?



Masa ni lah patutnya petronas menyumbang semula pada org Malaysia, bagi diskaun pada pembeli minyak petronas. Kenapa nak selaras dgn sykt2 lain? Petronas kan milik Malaysia katanyahhhh.

Sedangkan Gardenia, Massimo dan Mighty White pun harga lain2. Tak kisahla low quality pun sbb kereta saya axia jah. Yg penting Ron atas 90.
Reply

Use magic Report

Post time 26-2-2022 12:40 PM | Show all posts
Misi mengganggu rantaian ekonomi dah berjaya.  Negara2 yang ada masaalah ekonomi dari sebelum wabak melanda pasti ada lebih terasa impactnya.
Reply

Use magic Report

Post time 26-2-2022 01:12 PM | Show all posts
malas nak pikir....
x perang pun harga barang dah naik...
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 10:50 AM GMT+8 , Processed in 0.584494 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list