View: 934|Reply: 6
|
Peguam Suntik Darah Sendiri Dalam Produk Makanan Di 3 Pasar Raya. Motif?
[Copy link]
|
|
Jijik! Itu yang digambar terhadap tindakan seorang peguam yang menyuntik darahnya sendiri ke dalam paket makanan di beberapa pasar raya di Jalan Fulham Palace di London, England.
Tindakannya menyebabkan kerugian dianggarkan £500,000 (RM2.8 juta) ke atas Sainsbury's Local, Tesco Express dan Little Waitrose yang terpaksa membuang semua produk mereka sebagai langkah berjaga-jaga.
Lebih menyeramkan apabila Leoaai Elghareeb, 37, turut melemparkan picagari yang digunakan ke arah seorang doktor di lokasi kejadian.
Difahamkan, dia yang mengalami masalah mental, merayau-rayau di sekitar jalan dengan membawa picagari sebelum menyuntik darahnya ke dalam produk makanan yang dijual.
 Foto: Central News
Kejadian di tiga pasar raya itu berlaku pada 25 Ogos tahun lalu.
Dia bagaimanapun menafikan tiga pertuduhan mencemarkan barangan dan dua tuduhan menyerang orang awam.
Juri di Mahkamah Isleworth akan mempertimbangkan keputusan yang telah dibuat Hakim Alistair Hammerton. - CARI
Sumber: mStar/The sun |
|
|
|
|
|
|
|
Adakah darah tersebut mempunyai penawar segala penyakit atau sebaliknya? |
|
|
|
|
|
|
|
Membahayakan kalau ada HIV macam mana |
|
|
|
|
|
|
|
macam mana boleh jadi peguam perangai macam tu? |
|
|
|
|
|
|
|
Difahamkan, dia yang mengalami masalah mental
Next!
|
|
|
|
|
|
|
|
Leoaai Elghareeb - kokesen ke ereb?
|
|
|
|
|
|
|
|
Selamat menyambut AidilHIV darah zahir dan batin |
|
|
|
|
|
|
| |
|