CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 346|Reply: 0

[Sabah] Lelaki Ditemui Mati Dengan Kesan Jerut Di Inanam

[Copy link]
Post time 23-2-2022 11:12 PM | Show all posts |Read mode


Pasukan polis menjalankan siasatan ke atas mayat lelaki yang ditemui di Jalan Kionsom Lama, Inanam di Kota Kinabalu, Sabah malam tadi.

KOTA KINABALU: Seorang lelaki ditemui mati dengan kesan jerutan pada leher dipercayai akibat dibunuh di kawasan semak di Jalan Kionsom Lama, Inanam, malam tadi.

Mangsa yang berusia 25 tahun ditemui oleh isteri dan ahli keluarganya dalam keadaan tertiarap di kawasan terbabit, kira-kira jam 8 malam.

Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Mohd Zaidi Abdullah berkata, siasatan awal mendapati mangsa sebelum itu diminta oleh bapanya untuk ke lokasi dan bertemu dengan seorang pemilik bengkel, kira-kira jam 1 petang.

“Mangsa juga sempat menghantar lokasinya menerusi WhatsApp kepada bapanya. Bagaimanapun, mereka cuba menghubunginya selepas itu tetapi gagal,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Katanya, selepas menerima laporan, polis kemudiannya bergegas ke lokasi untuk menjalankan siasatan lanjut.

“Hasil pemeriksaan awal oleh Unit Kecemasan Hospital Likas mengesahkan mangsa dipercayai mati dalam tempoh lebih enam jam. Mayat kemudiannya dihantar ke Unit Forensik Hospital Queen Elizabeth 1 (QEH1) bagi tujuan bedah siasat selepas mendapatkan keputusan ujian saringan Covid-19,” katanya.

Zaidi berkata, susulan kes itu, suspek utama berjaya ditahan di rumah sewanya di Kampung Bambangan, jam 11.20 pagi tadi.

Katanya, mereka turut merampas telefon pintar milik mangsa yang disimpan suspek.

“Suspek juga membuat pengakuan terlibat dalam kes kematian itu. Berdasarkan pengakuan dan barangan yang dirampas, polis percaya siasatan kes telah selesai sepenuhnya.

“Bagaimanapun, siasatan lanjut akan diteruskan sebelum pendakwaan terhadap suspek dijalankan,” katanya.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman gantung sampai mati jika sabit kesalahan. – FMT


sabahpost.net/2022/02/23

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 08:29 AM GMT+8 , Processed in 0.209773 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list