CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 343|Reply: 0

[Sabah] Lelaki Menyamar Wanita Pecah Masuk Rumah Ditahan

[Copy link]
Post time 23-2-2022 11:05 PM | Show all posts |Read mode


Suspek ditahan oleh orang awam selepas memecah masuk sebuah rumah di Taman Ria Height, Tawau, pagi tadi.

TAWAU: Taktik seorang lelaki menyamar sebagai wanita ketika memecah masuk sebuah rumah di Taman Ria Height Fasa 1B, Jalan Utara Baru, di sini, tidak menjadi selepas dia diberkas orang awam, hari ini.

Dalam kejadian kira-kira 8 pagi, suspek berusia 35 tahun dikatakan cuba melarikan diri dengan memakai baju tidur wanita, bertudung dan menggunakan pelitup muka ketika keluar dari rumah yang dipecah masuknya.

Ketua Polis Daerah Tawau, Peter Umbuas, berkata hasil siasatan, pengadu seorang wanita berusia 18 tahun memaklumkan dia hairan apabila mendapati sepasang selipar diletakkan di depan pintu, lalu mengesyaki rumahnya dipecah masuk.

Peter berkata, ketika kejadian pengadu memaklumkan dia baru tiba di rumahnya selepas keluar menghantar ibunya ke tempat kerja.

“Pengadu juga mendapati jeriji dan pintu utama rumahnya ditutup tidak rapat.

“Pengadu kemudian masuk semula ke dalam kenderaan dan tiba-tiba ternampak seorang lelaki berpakaian baju tidur wanita, memakai tudung dan menggunakan pelitup mulut keluar dari pintu hadapan rumah,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Katanya, pengadu kemudian menghubungi sepupunya yang tinggal di taman perumahan sama.

Beliau berkata, sebaik menyedari diperhatikan, pengadu melihat suspek bergegas keluar dari rumah dan masuk ke dalam sebuah kenderaan yang diletakkan di lorong hadapan rumah dan dengan pantas mengundurkan kenderaannya.

“Kira-kira 30 minit kemudian, pengadu dimaklumkan oleh sepupunya bahawa suspek berjaya ditangkap di kawasan lorong utama taman berkenaan oleh orang awam,” katanya.

Peter berkata, hasil pemeriksaan mendapati beberapa barang hiasan wanita di dalam rumah pengadu hilang disyaki dicuri suspek.

Katanya, jumlah kerugian dianggarkan kira-kira RM150 dan suspek diserahkan kepada polis serta kes disiasat mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan. – FMT


sabahpost.net/2022/02/23

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 10:59 AM GMT+8 , Processed in 0.067265 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list