CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 315|Reply: 0

[Sabah] PPM usir tujuh warga asing cuba masuk secara haram

[Copy link]
Post time 23-2-2022 10:51 PM | Show all posts |Read mode


USIR: Anggota PPM memberi amaran dan mengusir keluar kesemua warga asing berkenaan.

SEMPORNA: Pasukan Polis Marin (PPM) mengusir keluar tujuh pendatang asing tanpa izin (PATI) yang cuba masuk secara haram ke daerah ini di perairan Pulau Siamil, di sini kelmarin.

Pegawai Pemerintah Markas Operasi PPM Semporna Deputi Superintendan Mohamad Ismail berkata pasukannya mengesan dua bot memasuki perairan negara dalam keadaan mencurigakan.

Katanya, pasukan PPM bertindak mengejar dan memintas bot berkenaan untuk membuat pemeriksaan dokumentasi serta barang yang dibawa.

“Hasil pemeriksaan mendapati seramai tiga lelaki, seorang wanita dan tiga kanak-kanak di dalam kedua-dua bot berkenaan. Kesemua warga asing terbabit mengaku baru tiba dari negara jiran dan tidak memiliki sebarang dokumen pengenalan diri yang sah,” katanya dalam kenyataan media di sini semalam.

Menurutnya, anggota PPM memberi amaran kepada semua warga asing berkenaan agar tidak cuba memasuki perairan negara secara haram sebelum mengusir keluar sehingga ke sempadan negara.

“Tindakan usir keluar itu selaras dengan kehendak undang-undang Akta Hak Kawalan Pencegahan Penyakit Berjangkit 1998 bagi mengekang penularan wabak COVID-19,” katanya.

Mohammad berkata, PPM Wilayah 4 Sabah sentiasa mengalu-alukan maklumat daripada seluruh komuniti maritin untuk melaporkan sebarang aktiviti yang melanggar undang-undang.

“Maklumat boleh disalurkan melalui talian 24 jam atau menggunakan aplikasi Whatsapp ke Pusat Kawalan PPM Sabah di talian 0139391197,” katanya.


utusanborneo.com.my/2022/02/23

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 03:36 AM GMT+8 , Processed in 0.058720 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list