View: 847|Reply: 6
|
Diserang Jemaah Sebab Tak Setuju Isi Ceramah Ustaz
[Copy link]
|
|
Seorang lelaki nyaris dibelasah pengikut setia seorang penceramah bergelar ustaz, gara-gara tidak bersetuju dengan isi kandungan ceramah yang dikatakan menghina pemimpin tempatan.
Lapor Suara.com, kisah itu menjadi tular dalam media sosial selepas video tersebut tersebar menerusi akaun Twitter @MurtadhaOne1.
Ketika ceramah disampaikan, tiba-tiba seorang lelaki berdiri menyampaikan soalan mengenai isi kandungan ceramah.
 Kredit foto: Twitter
“Kita semua yang berada di sini mempunyai fikrah yang berbeza. Pemikiran kita juga tidak sama.
“Pada pendapat saya, kita tidak boleh menghina pemimpin semasa menyampaikan dakwah,” katanya.
Bagimanapun, belum sempat lelaki itu menghabiskan kritikannya, jemaah lain cuba menyerangnya.
Seorang jemaah lain yang duduk dihadapannya terus berdiri dan berusaha merampas mikrofon yang dipegang jemaah itu.
Dalam masa sama, jemaah lain melaungkan takbir tanda tidak bersetuju dengan persoalan lelaki itu dan memberikan sokongan kepada penceramah.
Lelaki yang hampir dibelasah oleh pengikut setia ustaz tersebut segera ditarik kebelakang oleh jemaah lain bagi mengelakkan kejadian tidak diingini.
Selepas itu, jemaah lain yang sedang mendengar ceramah diminta kembali tenang dan berada di tempat masing-masing.
Sumber: Utusan |
|
|
|
|
|
|
|
Sebut takbir kalimah Allah perangai tak semengah.Buat malu je. |
|
|
|
|
|
|
|
jangan berpolitik dlm agama kalau masih 1 agama.. |
|
|
|
|
|
|
|
jangan berpolitik di surau/masjid kalau masih 1 agama... |
|
|
|
|
|
|
|
jangan berpolitik dlm surau/masjid kalau masih 1 agama... |
|
|
|
|
|
|
|
Aku pernah sembahyang jumaat dgn tok arab khutbah pun dia bangkang, setakat ceramah ostad apa lah sangat. Apa pun respek juga lah brader ni.
Teringin juga nak tengok kot ada yang seberani ini di tanah air. Di medsos tak payah cakap la.
|
|
|
|
|
|
|
| |
|