CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 350|Reply: 0

[Sabah] Polis Buru Lelaki Positif COVID-19 Lari Dari Hospital Kinabatangan

[Copy link]
Post time 22-2-2022 08:16 PM | Show all posts |Read mode


Wajah lelaki positif Covid-19 dikenali sebagai Suhin Mursidi yang melarikan diri dari Hospital Kinabatangan awal pagi tadi. – Foto PDRM

KINABATANGAN : Polis memburu seorang lelaki dilaporkan positif Covid-19 yang melarikan diri dari Hospital Kinabatangan hari ini.

Suspek yang juga pesalah narkotik warganegara Filipina berkenaan dikenali sebagai Suhin Mursidi, 37, sedang menjalani proses kuarantin sebelum bertindak melarikan diri dari hospital dalam kejadian kira-kira pukul 2 pagi.

Ketua Polis Daerah Kinabatangan, Superintendan Dzulbaharin Ismail berkata, lelaki terbabit ditahan pada Jumaat minggu atas kesalahan dadah.

“Suspek diberkas di sebuah rumah dalam ladang kelapa sawit dan periksaan mendapati lelaki berkenaan memiliki dadah seberat 30.21 gram.

“Lelaki itu kemudiannya dibawa ke Hospital Kinabatangan untuk menjalani saringan Covid-19 sebelum dimasukan ke lokap.

“Bagaimanapun, suspek didapati positif Covid-19 dan dirawat serta perlu menjalani kuarantin di hospital berkenaan.

“Suspek disyaki melarikan diri daripada pintu belakang wad lelaki hospital terbabit sekitar awal pagi hari ini,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Mengulas lanjut, Dzulbaharin menyatakan lelaki terbabit sewaktu melarikan diri dipercayai memakai baju kemaja T berwarna hitam dan seluar jeans.

“Operasi mengesan suspek sudah dilancarkan termasuklah bantuan Unit Anjing Pengesan (K9) dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Lahad Datu.

“Orang awam diminta menyalurkan maklumat sekiranya melihat suspek terbabit dengan menghubungi IPD Kinabatangan di talian 089-561890. Kes berkenaan disiasat mengikut Seksye 223/224 Kanun Keseksaan,” katanya.


sabahpost.net/2022/02/22

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 04:33 PM GMT+8 , Processed in 0.550681 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list