CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 348|Reply: 0

[Sabah] Dapatkan dos penggalak, mampu elak kematian akibat COVID-19

[Copy link]
Post time 22-2-2022 08:00 PM | Show all posts |Read mode
KOTA KINABALU: Penduduk Sabah disaran untuk mendapatkan dos penggalak kerana telah terbukti dapat mengurangkan gejala teruk malah megurangkan risiko kematian akibat jangkitan COVID-19.

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Seri Panglima Masidi Manjun berkata, Peratus penduduk Sabah yang telah mengambil vaksin dos penggalak masih sangat rendah, yakni lebih kurang 14 peratus setakat 21 Februari 2022.

"Contohnya, 44 orang yang meninggal di luar hospital akibat COVID-19 pada tempoh 1 Januari 2022 sehingga 17 Februari 2022, seramai 42 orang (bersamaan 95 peratus) belum menerima dos penggalak.

"Ini berbanding hanya dua kematian (bersamaan 5 peratus) daripada kalangan mereka yang telah menerima dos penggalak," katanya dalam satu kenyataab di sini, semalam.

Beliau berkata, orang ramai boleh mendapatkan dos penggalak di klinik-klinik kesihatan terdekat dan juga di pusat-pusat pemberian vaksin dos penggalak yang akan dibuka di seluruh negeri Sabah kelak.

Sementara itu katanya, sebanyak lima kematian dilaporkan pada 21 Februari 2022. Dua kes di Kota Kinabalu, manakala masing-masing satu di Kota Belud, Sandakan dan Tawau.

"Bilangan pesakit COVID-19 sembuh ialah 2,633 menjadikan jumlah kumulatif 262,393 orang. Manakala 2,794 pesakit sedang menerima rawatan iaitu 1,376 orang di hospital, 1,251 orang di Pusat Kuarantin dan Rawatan Berisiko Rendah (PKRC) Awam, 166 orang di Pusat Tahanan Sementara atau penjara dan satu orang di fasiliti swasta.

"Bilangan pesakit yang memerlukan penjagaan kritikal ialah 64 orang merangkumi 48 di Unit Rawatan Rapi serta 16 di open ward," katanya.

Menurutnya, 34 orang lagi memerlukan alat bantuan pernafasan. Manakala bilangan pesakit tahap empat dan lima yang masih belum lengkap vaksin ialah 80 orang.


utusanborneo.com.my/2022/02/22

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 06:20 PM GMT+8 , Processed in 0.073855 second(s), 28 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list