CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 355|Reply: 0

[Sabah] Wanita ditemukan rentung dalam kebakaran di Tambunan

[Copy link]
Post time 22-2-2022 07:58 PM | Show all posts |Read mode


RENTUNG: Anggota bomba mengangkat mayat mangsa yang rentung dalam kebakaran itu.

TAMBUNAN: Mayat seorang wanita ditemukan rentung selepas terperangkap dalam kebakaran membabitkan sebuah rumah di Kampung Tikolod dekat sini.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tambunan Penolong Penguasa Bomba (PPgB) Desmond Micky @ Dominic ketika dihubungi berkata, kejadian terbabit berlaku kira-kira jam 12 tengah malam tadi.

Menurutnya, mangsa yang berumur 30 tahun itu ditemukan di bahagian ruang tamu rumah berkenaan, manakala penghuni rumah yang lain selamat tanpa sebarang kecederaan.

Katanya, rumah terbabit didiami seramai 10 orang termasuk mangsa.

"Pada awalnya, ahli keluarga mangsa menganggap semua penghuni selamat keluar menyelamatkan diri.

"Bagaimanapun, mereka mula menyedari ketiadaan mangsa dan meminta pihak bomba menjalankan pemeriksaan.

"Hasil pemeriksaan lanjut mendapati mayat mangsa berada di bahagian ruang tamu dipercayai terperangkap akibat kebakaran," katanya kepada Utusan Borneo di sini hari ini.

Beliau berkata, setakat ini punca kebakaran masih dalam siasatan dan kejadian itu mengakibatkan rumah berkenaan musnah keseluruhannya.

Pihak bomba menerima panggilan kecemasan pada jam 12.25 tengah malam dan bergegas ke lokasi kejadian pada jarak 20 kilometer.

"Operasi pemadaman menggunakan satu aliran sepanjang 200 kaki dengan dua pancutan serta satu aliran salur bantu mula melalui sumber air dari tangki jentera dan juga pili bomba terdekat.

"Api berjaya dikawal pada jam 1.30 pagi dan operasi pemadaman tamat sepenuhnya pada jam 1.45 pagi," jelasnya.


utusanborneo.com.my/2022/02/22

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 01:54 PM GMT+8 , Processed in 0.453208 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list