View: 867|Reply: 4
|
8 Maut Asrama Sekolah Agama Terbakar
[Copy link]
|
|
Lapan pelajar dilaporkan maut dalam kebakaran di asrama sebuah sekolah agama di Indonesia pada Isnin.
Menurut polis, kesemua mangsa yang berusia di antara tujuh dan 13 tahun itu sedang tidur ketika kebakaran berlaku di tingkat dua Sekolah Agama Miftahul Khoirot di Karawang, Jawa Timur.
 Gambar hiasan
Pesuruhjaya Polis Karawang, Aldi Subartono berkata, siasatan awal mendapati kejadian yang berlaku kira-kira jam 1 petang dipercayai berpunca daripada litar pintas, lapor agensi berita Kompas.
Katanya, dua lagi pelajar cedera dalam insiden berkenaan dan kini sedang menerima rawatan di hospital.
Jelasnya lagi, siasatan kini dijalankan bagi mengenal pasti punca sebenar kejadian.
Pasukan bomba menerima panggilan kecemasan 30 minit selepas kebakaran tercetus dan anggota yang tiba di lokasi mengambil masa kira-kira 1 jam untuk memadam api.
Sumber: AWANI |
|
|
|
|
|
|
|
teringat kes beberapa tahun dulu.... |
|
|
|
|
|
|
|
Dlm ceramah2, ustak selalu ckp kalo azan rumah tebakar,api boleh padam scr otomatik |
|
|
|
|
|
|
|
Dlm ceramah2, ustak selalu ckp kalo rumah tebakar,laung azan api boleh padam scr otomatik |
|
|
|
|
|
|
|
Allahu...kesiannya...kejadian siang hari diorang tak sempat lari selamatkan diri ke  |
|
|
|
|
|
|
| |
|