View: 948|Reply: 9
|
Lepas Langgar Lari Pesara, Pemandu Myi Larikan MPV Pula
[Copy link]
|
|
Kemaman: Niat baik pengguna jalan raya mencari individu yang melanggar seorang pesara di Lebuhraya Pantai Timur 2 (LPT) berhampiran Cheneh di sini bertukar malang apabila kenderaan pelbagai guna (MPV) jenis Nissan Grand Livina miliknya dilarikan suspek, semalam.
Mohd. Khairul Anwar Zahari, 37, berkata, kejadian berlaku kira-kira 2 kilometer dari lokasi kemalangan sejurus selepas menyaksikan penunggang motosikal itu terbaring di bahu jalan.
Katanya, sebaik sahaja meneruskan perjalanan dia terserempak dengan Perodua Myvi yang dipercayai melanggar mangsa berdasarkan kerosakan pada kenderaan berkenaan.
 Mohd. Khairul Anwar Zahari (tengah) menceritakan kejadian keretanya dilarikan suspek langgar lari di Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Kemaman di Kemaman malam tadi. Foto: Utusan
“Saya nampak komponen kereta tertinggal di lokasi kejadian dan yakin Perodua Myvi itu yang melanggar lari mangsa.
“Saya kemudian memberhentikan kenderaan dan ketika ditanya, pemandu dan penumpang mengaku melanggar mangsa,” katanya kepada pemberita di Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Kemaman, malam tadi.
Menurut Mohd. Khairul Anwar, dia kemudian segera menahan kenderaan lain untuk meminta bantuan menghubungi pihak berkuasa bagi memberkas suspek susulan liputan telekomunikasi yang kurang memuaskan di LPT2.
Katanya, ketika leka meminta pertolongan, kedua-dua suspek bertindak melarikan keretanya yang tidak dimatikan enjin.
“Saya cuba mengejar dan sempat memegang pintu, tetapi selepas melihat ibu hampir dilanggar, saya meluru menyelamatkan ibu,” katanya.
Mohd. Khairul Anwar berkata, dia bersama ibunya, Roslia Azhar, 59, yang dalam perjalanan pulang ke kampung di Rhu Rendang, Marang terpaksa menumpang kenderaan pengguna jalan raya lain untuk ke plaza tol terdekat sebelum membuat laporan polis.
Terdahulu, pengusaha tapak perkhemahan itu memuat naik dua video suspek kes langgar lari itu hingga tular di laman sosial Facebook. – CARI
Sumber: Utusan Online |
|
|
|
|
|
|
|
Bwa ibu.lock je dlm kete.jgn bagi kluar |
|
|
|
|
|
|
|
Beli dashcam pastu buat report. Toksah nak jadi Rambo..Tapi dah nak jadi kan... |
|
|
|
|
|
|
|
Oo ok thread yg ni details sikit berita...so makcik tu mak abg livina tu..berita2 lain cakap macam dia sorang2 masa tu...muka dah ada 2 malaun tu tak lama la tu |
|
|
|
|
|
|
|
tungkai replied at 22-2-2022 11:46 AM
Beli dashcam pastu buat report. Toksah nak jadi Rambo..Tapi dah nak jadi kan...
Tulaa abg tu berani sangat...tak mikir keselamatan...muka 2malaun tu pon awal2 da nmpak tak berapa nak suci |
|
|
|
|
|
|
|
Aku rs yg myvi tu pun bkn myvi dorg..mmg penjenayah tegar ni. Pastu langgar org. Harap dpt balasan setimpal. |
|
|
|
|
|
|
|
Apa jenis dadah malaun2 tu ngisap...
Moga dibelasah orang ramai |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by Skuau at 22-2-2022 04:09 PM
kalo dpt 2 ekor malaun ni bg brg 2-3 penumbuk ceduk..+ 1 tendangan tak berbayang...pastu baru lokapkan... |
|
|
|
|
|
|
|
Skuau replied at 22-2-2022 04:07 PM
kalo dpt 2 ekor malaun ni bg brg 2-3 penumbuk ceduk..+ 1 tendangan tak berbayang...pastu baru lokapk ...
2 3 tak cukup tu..belasah cukup2 sampai lembik pastu ikat kat lampu jalan sementara tunggu polis dtg. |
|
|
|
|
|
|
| |
|