View: 4284|Reply: 62
|
Calon SPM Marah Tak Dapat Jawab Soalan, Serang Resort Salang Sayang
[Copy link]
|
|
Gara-gara tidak puas hati dengan soalan ujian mendengar bagi mata pelajaran bahasa Melayu dan bahasa Inggeris pada pagi Isnin, calon peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2021 'menyerang' sosial media sebuah resort di Pahang.
Ia susulan, nama Salang Sayang Resort yang merupakan destinasi penginapan di Kuala Rompin dijadikan topik perbincangan bagi ujian berkenaan.
Bercerita mengenainya, pemilik Salang Sayang Resort, Nadiah Tuan Rozaimon Azam berkata, dia pada awalnya terkejut apabila mendapat 'serangan' bertubi-tubi di Instagram termasuk ruangan komen gambar pasukannya.
"Serangan bermula jam 1 petang Isnin. Ia bermula dengan 'salam layang resort'
"Komen dan mesej yang ditinggalkan juga berbaur marah," katanya.
Menurut wanita berusia 28 tahun itu lagi, disebabkan pelbagai komen dan mesej yang diterima, dia menyangkakan terdapat pelanggan yang tidak puas hati dengan layanan yang diberikan di resortnya.
"Betul pada mulanya saya check dulu dengan team di group WhatsApp sama ada terdapat masalah dengan pelanggan atau tidak.
"Sebab pelik sangat pada mulanya, tapi bila tengok ada salah sorang calon SPM mesej di Instagram, baru faham ia berkaitan soalan peperiksaan.
"Calon tersebut cakap yang nama resort kami masuk dalam paper SPM untuk ujian mendengar.
"Katanya, soalannya macam ni 'Iman sekeluarga pergi bercuti di Pulau Tioman menginap di Salang Sayang Resort'.
"Tapi calon SPM dengar 'salam layang resort, salang layang, sembahyang resort' dan sebagainya," ujarnya yang masih terkesima apabila nama resortnya dijadikan topik dalam SPM.
 Foto: IG
Menceritakan dengan lebih lanjut, apa yang lebih mengejutkan adalah, dia turut dituduh mempunyai perjanjian dengan penggubal soalan daripada Jabatan Pendidikan.
"Saya terpinga-pinga apabila mereka cakap 'ada deal dengan Jabatan Pendidikan ke sebab naik nama resort ni'.
"Sebenarnya, Salang Sayang Resort sudah beroperasi dari 1981 dan resort kami menyediakan tempat penginapan serta trip island hoping untuk pelancong.
"Salang ni sebenarnya nama kampung, terdapat beberapa resort di sini dan salah satunya resort kami," jelasnya yang mendapat lebih 200 mesej di Instagram dan lebih 300 komen pada gambar posting.
Tambah ibu kepada seorang cahaya mata itu, memahami tekanan yang dirasai calon-calon SPM terlibat, dia membuat naik status di Instagram Story dengan menyatakan 'to all batch 04 SPM candidates, good luck on your SPM! Salang Sayang Resort tu wujud ya. Habis SPM yukk ke Salang Sayang'.
Sementara itu, Ayien, salah seorang calon SPM yang berjaya dihubungi mStar menceritakan watak-watak yang menjadi trending di Twiter bermula petang Isnin adalah nama yang digunakan dalam ujian mendengar.
"Rasyad tu kena interview pasal hobi dia suka daki gunung, lepas tu dia cerita sambil gelak-gelak... macam mana calon SPM nak faham.
"Lepas tu, interviewer tu macam gelak terpaksa. Dia tanya Rasyad sebelum hiking selalu makan apa dan Rasyad jawab 'orang mesti ingat saya selalu makan coklat tak pun manisan tapi sebenarnya saya makan biskut' sambil gelak.
" eter tu pula pasal kamera dia, tapi dia cakap macam rap... laju sangat dan kurang jelas. Dah la bahasa Inggeris.
"Watak Iman pula sebagai individu yang pergi bercuti dengan keluarga. Ada yang dengar salam sayang, salam layang, salam dayang tapi sebenarnya Salang Layang Resort," ujarnya sambil menyatakan dia dapat menjawab soalan bahasa Melayu tetapi agak kecewa dengan soalan bahasa Inggeris kerana merasakan ia terlalu laju.
Semakan mStar di laman Twitter mendapati ada segelintir calon SPM menyalahkan resort itu kerana dianggap menggunakan nama yang sukar didengari.
Ia menyebabkan #SPM2021 menjadi trending kerana terdapat lebih 57,000 tweet mengenainya selain Peter yang mendapat 112,000 tweet. -CARI
Sumber: mStar Online |
|
|
|
|
|
|
|
Batch 04 tu mcmana?
Iols.ingat batch 2004
Haha |
|
|
|
|
|
|
|
shernazz: Batch 04 tu mcmana?Iols.ingat batch 2004Haha
lahirnya 2004 la tu
lepas ni batch 2005 plak
|
|
|
|
|
|
|
|
haaaaa.. sekolah yg aku jaga smlm.. budak depan sekali tu.. cd belum main lagi petikan dia dah tulis jawapan dlm booklet..
oit.. aku tanya cgu tkde buat latihan ke? tunggu dengar petikan dulu... bukan tanya tempat mana ko nak bercuti... |
|
|
|
|
|
|
|
Ish x dan taip dah ter submit
Anak aku ckp ujian mendengar tu harooomm x dengar jelas.
Depa kata jwb ikut logik jaaa
Sian betul |
|
|
|
|
|
|
|
zehra2 replied at 22-2-2022 10:02 AM
haaaaa.. sekolah yg aku jaga smlm.. budak depan sekali tu.. cd belum main lagi petikan dia dah tulis ...
Hahahahahahaha… dia dh dgar audio 2-3 hari lepas gamaknya  |
|
|
|
|
|
|
|
Hahahahaha my bro one of the candidates. Lucu sebenarnya. Biasala budak2, jgn serius sgt la nak judge. Dorang masih muda |
|
|
|
|
|
|
|
bERTABAHLAH CALON spm MOGA SUKSES yaachh - eh tercps lok malas nak padam taip balik ngeee |
|
|
|
|
|
|
|
Anak kata pun tak jelas.. dah dengar 2 kali pun tak dapat tangkap.. tapi pujuk je dia kata takpe dah sudah tu sudahla.. rabu ni oral english.. minggu depan dah paper bm dan english juga.. move on cepat2  |
|
|
|
|
|
|
|
shernazz replied at 22-2-2022 09:57 AM
Batch 04 tu mcmana?
Iols.ingat batch 2004
Haha
Lahir 2004...umor 18 spm tahun ni...betol la tu |
|
|
|
|
|
|
|
pada i salah kementerian jugak..
nak buat ujian listening ni kena tengok la pada situasi..
mana sesuai kau buka audio pastu suruh satu dewan dengar..
dah tentu la tak jelas..
kalau dewan besar, provide tak audio sampai belakang?
patutnya kena guna individual player dengan headphone..
so bunyi luar tak campur..
baru la boleh dengar clearly..
anyway, budak-budak pun jangan la tunjuk bodoh..
pi serang review resort tu buat apa..
jatuh rating, dah tentu la effect business dia.. |
|
|
|
|
|
|
|
Nasib baiklah dulu pendengaran masih ok waktu spm dulu..klu tak...dgn hearing problem skrg mesti fail ujian oral..huhuhu |
|
|
|
|
|
|
|
masa iolss exam listening muet dulu, masa tu la ada bunyi tingkap, bunyi orang buka tutup pintu. padahal sebelum tu, masa reading test senyap sunyi je
 |
|
|
|
|
|
|
|
Ni spesies budak yg sama mengata cikgu lemah x pakai coway ke
Kalau ye pun...perlu ke serang rated 1 bintang kt resort?? Kan dh merosakkan rating, bisnes org.. |
|
|
|
|
|
|
|
Betul kan budak2 sekarang tiada adab |
|
|
|
|
|
|
|
masa muet listening aku dpt tempat kt dewan besar. mmg point utk listening aku plg rendah gakla. aku agak frust sbb masa tu brape point je lagi nk dpt band 6 huhuhuh
|
|
|
|
|
|
|
|
menderita betul noreeni anuar tuhh |
|
|
|
|
|
|
|
Dah pegi attack resort tu dah kenapa? Pegi la attack yg buat soalan  |
|
|
|
|
|
|
|
Yes. Dorang budak2 lg. Tak perlu nak serius2 judge dorang. Kita dulu pun zaman2 muda, byk benda2 yang org dewasa anggap tak cerdik yang kita buat.
|
|
|
|
|
|
|
| |
|