CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 344|Reply: 0

[Sabah] Lori treler bertembung kereta, pemandu warga emas maut

[Copy link]
Post time 21-2-2022 11:29 PM | Show all posts |Read mode


MAUT: Pasukan bomba membawa keluar mangsa yang tersepit dalam kenderaannya akibat dari kemalangan itu.

TUARAN: Sebuah lori treler yang bertembung dengan sebuah kereta mengakibatkan seorang lelaki warga emas maut.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah berkata, kejadian terbabit berlaku kira-kira jam 10 pagi hari ini di Jalan Kampung Serusup di sini

Katanya, mangsa yang maut berumur 63 tahun didapati tersepit di dalam kenderaannya.

"Pasukan bomba berjaya mengeluarkan mangsa yang tersepit dalam kenderaannya menggunakan peralatan khas," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Menurutnya, kakitangan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) yang berada di lokasi kejadian mengesahkan mangsa meninggal dunia.

Pasukan bomba seterusnya menyerahkan mangsa kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya sebelum menamatkan operasi pada jam 11 pagi.


utusanborneo.com.my/2022/02/21

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 12:42 PM GMT+8 , Processed in 0.382359 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list