Pusat Pelupusan Al-Quran Darul Kalam, Raudhatul Sakinah Taman Selasih, Kuala Lumpur memerlukan tempoh enam bulan lagi untuk melupuskan kesemua al-Quran yang rosak akibat banjir di Lembah Klang, akhir Disember lalu.
Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) menerusi kenyataan berkata, sehingga kini, pusat itu sudah melupuskan 5,356.72 kilogram helaian al-Quran rosak akibat banjir itu.
 Al-Quran rosak yang dikumpulkan dari kawasan bencana banjir di sekitar Lembah Klang.
“Baki al-Quran yang belum lupus sukar dikira kerana ia perlu dikeringkan terlebih dahulu sebelum ditimbang.
“Ketika ini, petugas perlu mengasingkan helaian al-Quran untuk proses pengeringan sebelum dibakar,” katanya.
Katanya, pihaknya juga mendapati, selepas pengasingan dibuat, sebahagian bahan dan dokumen diterima adalah buku bacaaan dan bukannya naskhah al-Quran.
Selain itu, Jawi berkata, seramai 12 orang sukarelawan Jawi berada di pusat berkenaan bagi meneruskan kerja-kerja rutin pelupusan al-Quran itu.
Sumber: KOSMO! ONLINE |