CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 355|Reply: 0

[Sabah] Kemasukkan PATI punca sosioekonomi Sabah merosot

[Copy link]
Post time 21-2-2022 05:23 AM | Show all posts |Read mode


Sejak UMNO melebarkan sayapnya ke Sabah pada tahun 1991, ramai Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) yang miskin telah diimport daripada negara jiran sehingga menyebabkan kadar kemiskinan dan pengangguran di Sabah melambung tinggi.

Menurut Presiden Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (UPKO), Datuk Seri Panglima Wilfred Madius Tangau, buktinya dapat dilihat daripada jumlah penduduk Sabah kini yang menunjukkan lebih kurang satu juta penduduk adalah daripada warganegara yang meragukan.

“Kini dengan kadar kemiskinan pada kadar 25% Sabah adalah wilayah termiskin di Malaysia. Bagaimana ini boleh berlaku sedangkan Sabah kaya dengan sumber asli? Bayangkan daripada 3.8 juta penduduk Sabah lebih kurang satu juta orang adalah terdiri daripada penduduk dengan kewarganegaraan yang meragukan.

“Perkara ini diakui oleh Jabar Khan dalam satu kenyataan di Hansard Parlimen menjelaskan bahawa sebuah Jawatankuasa Petugas Khas PATI telah ditubuhkan UMNO bagi tujuan memberi kerakyatan kepada golongan tersebut sekaligus disenaraikan sebagai pemilih untuk menumbangkan pimpinan kerajaan parti tempatan Sabah ketika itu,” jelasnya.

Beliau berkata demikian ketika berucap dalam Pelancaran Mesyuarat Agung Tritahunan Cawangan UPKO Bahagian Tuaran yang diadakan secara langsung menerusi laman media sosial Facebook UPKO Tuaran, semalam.

Katanya lagi, hal ini (kemasukkan PATI) telah menyebabkan hak-hak rakyat tempatan Sabah di pedalaman tidak dipedulikan.

“Prasarana sekolah daif, jalan-jalanraya dalam keadaan yang teruk, peluang-peluang pekerjaan untuk anak-anak tempatan tidak wujud dan pelbagai lagi keperluan.

“Yang paling sedih dalam lebih dua dekad pemerintahan UMNO di Sabah, pemusatan kuasa Kerajaan persekutuan ke Putrajaya dipertingkatkan sehingga perlantikan upas di sekolah dan pekerja potong rumput di sekolah-sekolah pun dilantik oleh Putrajaya.

“Lebih teruk lagi ialah sentimen rasis dan perkauman bertambah buruk dan menjadi-jadi kerana ideologi politik UMNO yang berasaskan sentimen kaum dan agama,” katanya.

Tambah Madius, ini adalah hasil daripada perbuatan khianat, pembohongan dan tipu helah pemimpin-pemimpin politik yang membawa UMNO ke Sabah pada tahun 1991 dan telah membenarkan golongan tersebut menerima status kerakyatan di Sabah sekaligus disenaraikan menjadi pemilih.

Mengulas lanjut, beliau mengatakan bahawa tindakan tersebut menunjukkan sifat UMNO yang tidak layak dijadikan sebagai pemimpin kerana telah mengkhianati rakyat Sabah dan sepatutnya diberi hukuman yang setimpal.

“Perbuatan memanipulasi penduduk Sabah hanya kerana mahu mewujudkan pengundi fixed deposit demi kuasa dan pangkat adalah satu pengkhianatan terhadap Sabah dan sesiapa yang terlibat dalam perbuatan terkutuk ini bukan saja tidak layak diangkat menjadi pemimpin malah sepatutnya mereka ini dibawa ke muka pengadilan,” jelasnya.

credit


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

23-4-2024 05:42 PM GMT+8 , Processed in 0.064679 second(s), 31 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list