CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 357|Reply: 0

[Sabah] E-review kes lelaki didakwa rogol remaja pada 24 Feb

[Copy link]
Post time 21-2-2022 05:15 AM | Show all posts |Read mode
Kota Kinabalu: Mahkamah menetapkan 24 Februari untuk e-review bagi kes membabitkan seorang penghantar barang yang didakwa merogol seorang remaja.

Hakim Mahkamah Sesyen Noor Hafizah Mohd Salim menetapkan tarikh itu bagi Ruhit Najh Nabas, apabila kesnya dikemukakan untuk sebutan.

Mahkamah menetapkan tarikh itu untuk mengemaskini kepada mahkamah mengenai arahan Peguam Kanan Persekutuan untuk kes itu.

Ruhit dituduh merogol remaja berusia 15 tahun itu pada pukul 12.30 pagi antara Ogos 2018 dan Januari 2019 di sebuah rumah di Penampang.

Kesalahan di bawah Seksyen 376 Kanun Keseksaan itu memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun serta sebatan, jika sabit kesalahan.

Sementara itu, mahkamah menangguhkan kes seorang penjual sayur yang didakwa atas tiga tuduhan memiliki dan menggunakan wang kertas palsu RM100, ke tarikh lain.

Mahkamah mengambil keputusan untuk menangguhkan kes Musilin Andipa, disebabkan situasi semasa Covid-19.

Bagi tuduhan pertama, Musilin dituduh menggunakan wang kertas palsu RM100 dengan nombor siri AS 3425031, sebagai tulen untuk membayar makanan dan minuman pada 5 Februari 2020 pada pukul 9.30 pagi di lJN Restaurant & Katering di Tamparuli.

Bagi tuduhan kedua, dia didakwa menggunakan wang kertas palsu RM100 dengan nombor siri AN 0376705 di tempat sama pada pukul 3 petang hari yang sama.

Bagi tuduhan ketiga, Musilin dituduh memiliki tiga wang kertas palsu RM100 dengan nombor siri AS 3425031 pada pukul 3.30 petang hari yang sama di tempat letak kereta di hadapan Kedai Midea Touch Link Technology, di Tamparuli.


HarianExpress

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 09:24 AM GMT+8 , Processed in 0.058055 second(s), 32 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list