CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 413|Reply: 0

[Kedah] 99 peratus kes COVID-19 di Kedah kategori satu, dua

[Copy link]
Post time 20-2-2022 05:00 PM | Show all posts |Read mode
ALOR SETAR: Lebih 99 peratus individu yang dijangkiti COVID-19 di negeri ini berada pada kategori satu dan dua.

Pengarah Kesihatan Negeri Kedah, Dr Othman Warijo berkata terdapat 20 individu yang dijangkiti terpaksa dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) dengan penggunaan katil ICU di hospital sebanyak 16 peratus.

"Kita sedang melalui fasa peningkatan kes, sudah tentu ia membimbangkan.

"Sebahagian besar kes di negeri ini sekarang dikesan melalui saringan bergejala dan saringan kendiri. Ini satu petanda kesedaran dan sikap positif masyarakat yang amat baik iaitu berusaha untuk mengesan awal," katanya ketika dihubungi hari ini.

Pada Khamis lalu, Kedah mencatatkan peningkatan kes sebanyak 3,243 namun ia menurun sedikit kelmarin kepada 2,537 kes dan semalam sebanyak 2,429 kes dengan jumlah kes aktif sebanyak 28,044 kes.

Mengulas lanjut, Dr Othmanmenyarankan agar masyarakat mengamalkan TRIIS iaitu ujian, lapor, mengasingkan, memaklumkan dan mencari bagi mengekang penularan COVID-19

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 12:54 AM GMT+8 , Processed in 0.223127 second(s), 31 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list