CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 442|Reply: 0

[Kedah] OKU dikehendaki polis dicekup lepas langgar lampu isyarat

[Copy link]
Post time 20-2-2022 11:32 AM | Show all posts |Read mode

SUSPEK ditahan selepas melanggar lampu merah di Jalan Stadium. FOTO ihsan polis

Alor Setar: Seorang lelaki yang dikehendaki polis kerana kes dadah di Brickfield, Kuala Lumpur akhirnya dicekup polis, semalam.

Lelaki berusia 39 tahun yang tidak bekerja itu turut dikatakan mempunyai lima rekod lampau berkaitan jenayah dan dadah.

Dia yang mempunyai kad orang kurang upaya (OKU) fizikal itu ditahan sepasukan anggota trafik selepas melanggar lampu isyarat merah di Jalan Stadium pada jam 11.50 pagi.

Ketua Polis Daerah Kota Setar, Asisten Komisioner Ahmad Shukri Mat Akhir berkata, tangkapan itu dilakukan ketika anggotanya melakukan rondaan cegah kemalangan dan penguatkuasaan di Jalan Stadium.

Beliau berkata, anggota polis menyedari suspek menunggang motosikal dalam keadaan mencurigakan sebelum melanggar lampu isyarat merah di kawasan itu.

"Berikutan itu, anggota polis mengejar lelaki terbabit.

"Sebaik menyedari kehadiran polis, suspek cuba melarikan diri dengan menyeberang ke arah sebuah hotel namun tidak dapat mengawal motosikalnya lalu melanggar sebuah Perodua Axia.

"Suspek juga bertindak kasar dan enggan bekerjasama namun akhirnya ditahan untuk tindakan lanjut," katanya di sini hari ini.

Ahmad Shukri berkata, suspek ditahan dan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Setar untuk tindakan lanjut.

Beliau berkata, suspek dikehendaki bersangkut kes di Brickfield mengikut Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952.

"Kes diserahkan ke Balai Polis Brickfield untuk tindakan lanjut," katanya.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 04:10 AM GMT+8 , Processed in 0.064933 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list