CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 520|Reply: 1

[Sabah] Kapal kontena hanyut di perairan Pulau Pom-Pom

[Copy link]
Post time 20-2-2022 08:34 AM | Show all posts |Read mode


HANYUT: Kapal kontena yang hanyut di perairan Pom-Pom Semporna.

SEMPORNA: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Zon Maritim Semporna menerima maklumat daripada Zon Maritim Lahad Datu berkenaan sebuah kapal kontena telah hanyut disebabkan kegagalan jentera utama gagal berfungsi di perairan Pulau Pom-Pom Semporna, Sabah pagi semalam.

Dalam satu kenyataan Maritim Malaysia semalam, kapal yang berdaftar dengan nama Danum 171 milik syarikat Shin Yang Shipping Sdn Bhd dikatakan dalam pelayaran daripada Kota Kinabalu menuju ke Tawau telah mengalami kerosakan pada janakuasa utama semasa melalui kawasan perairan pulau Pom Pom dan gagal dikemudikan lalu hanyut ke arah Pulau Pom-Pom.

Bot Peronda Cenderawasih 09 dan Bot Adal 18 telah diatur gerak ke lokasi kejadian untuk mengawasi dan kawalan keselamatan persekitaran bagi mengelakkan berlaku sebarang insiden.

Pada jam lebih kurang 4.00 petang Danum 171 telah ditunda keluar oleh bot tunda Santalu 36 dari kawasan perairan tersebut dan dibawa menuju ke Lahad Datu untuk pembaikan sebelum meneruskan pelayaran.

Kesemua kru kapal seramai lebih kurang 17 orang selamat di atas kapal tersebut. Zon Maritim Semporna telah membuat pemantauan terhadap kapal tersebut pada jam lebih kurang 10.00 pagi semalam sehingga kapal selamat berlabuh di pelabuhan kontena Lahad Datu pada jam lebih kurang 8.05 pagi semalam.

Maritim Malaysia sentiasa mengalu-alukan maklumat daripada semua Komuniti Maritim untuk melaporkan sebarang kecemasan di laut secara terus ke talian MERS 999 atau Pusat Operasi Zon Maritim Semporna di talian 089-782619.


utusanborneo.com.my/2022/02/19

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-2-2022 04:38 PM | Show all posts
wah terbaik team.......
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 06:18 AM GMT+8 , Processed in 0.342060 second(s), 28 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list