CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 294|Reply: 0

[Sabah] Kes Rasuah Peter Anthony: Pembelaan Tutup Kes, Hujahan Lisan Ditetapkan 31 Mac

[Copy link]
Post time 19-2-2022 02:30 PM | Show all posts |Read mode
Edited by Vellfire at 19-2-2022 06:36 AM



Peter Anthony didakwa memalsukan surat pejabat Timbalan Naib Canselor UMS bertarikh 9 Jun 2014 dengan memasukkan pernyataan palsu dengan niat digunakan untuk tujuan menipu.

KUALA LUMPUR, 18 Feb : Pasukan pembelaan Datuk Peter Anthony yang menghadapi pertuduhan memalsukan surat berhubung kontrak kerja penyelenggaraan dan perkhidmatan Sistem Mekanikal dan Elektrik (M&E) di Universiti Malaysia Sabah (UMS), menutup kesnya hari ini.

Tiga saksi pembelaan memberi keterangan pada perbicaraan itu di Mahkamah Sesyen di sini.

Hakim Azura Alwi menetapkan 31 Mac depan untuk mendengar hujahan lisan kedua-dua pihak di akhir kes pembelaan sebelum memutuskan sama ada bekas Menteri Pembangunan Infrastruktur Sabah itu akan disabitkan atau dilepaskan atas pertuduhan tersebut.

Mahkamah juga memerintahkan pihak pendakwaan dan pembelaan mengemukakan hujahan bertulis pada atau sebelum 21 Mac dan pihak-pihak perlu memfailkan hujahan balasan pada atau sebelum 31 Mac ini.

Peguam S. Devanandan yang mewakili Peter, memaklumkan kepada mahkamah bahawa pembelaan menutup kes selepas saksi pembelaan ketiga iaitu pengurus forensik digital di Siaga Informatics Sdn Bhd, Nurul Aiman Azmail, 34, selesai memberi keterangan.

Pada 14 Dis lepas, mahkamah memerintahkan Peter, 51, membela diri selepas mendapati pihak pendakwaan berjaya mewujudkan kes prima facie terhadap tertuduh.
Peter yang juga bekas Naib Presiden Parti Warisan Sabah (Warisan) memberi keterangan dari tempat saksi pada 9 dan 10 Feb lepas.

Pada peringkat pendakwaan pula, seramai 15 saksi termasuk bekas Perdana menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, bekas Ketua Setiausaha Perbendaharaan Tan Sri Dr Mohd Irwan Serigar Abdullah dan bekas Ketua Hakim Negara Tun Zaki Azmi dipanggil memberi keterangan pada perbicaraan yang bermula pada 5 April 2021.

Mengikut pertuduhan, Peter sebagai Pengarah Urusan Syarikat Asli Jati, didakwa memalsukan surat pejabat Timbalan Naib Canselor UMS bertarikh 9 Jun 2014, dengan memasukkan pernyataan palsu dengan niat digunakan untuk tujuan menipu.

Dia dituduh melakukan perbuatan itu di pejabat Ketua Setiausaha Sulit kepada Perdana Menteri, bangunan Perdana Putra, Putrajaya antara 13 Jun dan 21 Ogos 2014.

Pertuduhan mengikut Seksyen 468 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara hingga tujuh tahun dan denda, jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Datuk Wan Shaharuddin Wan Ladin bersama Haresh Prakash Somiah dan Francine Cheryl Rajendram. – BERNAMA


sabahpost.net/2022/02/18

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 02:01 AM GMT+8 , Processed in 0.078042 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list