CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 324|Reply: 0

[Sabah] Dua pendaki sesak nafas berjaya diselamatkan

[Copy link]
Post time 19-2-2022 01:19 PM | Show all posts |Read mode
KOTA KINABALU: Pasukan Bomba dan Penyelamat Malaysia berjaya membawa turun dua orang pendaki Gunung Kinabalu yang mengalami sesak nafas, semalam.

Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan oleh pihak Bomba, panggilan kecemasan diterima pada jam 10.11 malam (18 Februari 2022) apabila seorang lelaki tempatan mengalami sesak nafas di kilometer 5.6 (400 meter sebelum Panarlaban).

"Anggota Mosar bersama Taman Sabah bergegas ke tempat kejadian dan memberikan bantuan oksigen serta mengiringi mangsa naik ke Panarlaban.

"Mangsa seterusnya ditempatkan di Panarlaban dan dipantau dari semasa ke semasa. Operasi tamat pada jam 11.30 malam," katanya.

Sebelum itu pada hari yang sama, pasukan Bomba turut menerima panggilan kecemasan pada jam 7.05 malam. Seorang perempuan tempatan juga mengalami sesak nafas ketika berada di VIP 3 Panarlaban Gunung Kinabalu.

Menurut kenyataan berkenaan, tindakan pasukan Bomba dan Mosar membantu menurunkan mangsa dari lokasi kejadian ke Timpohon Gate.

"Mangsa seterusnya dihantar ke Hospital Ranau untuk tindakan selanjutnya. Operasi tamat pada jam 5.10 pagi," katanya.


utusanborneo.com.my/2022/02/19

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 07:51 PM GMT+8 , Processed in 0.412922 second(s), 28 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list