CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 325|Reply: 0

[Sabah] Tidak Perlu Pertukaran Gelaran Ketua Menteri Bagi Sabah – Bekas KM

[Copy link]
Post time 19-2-2022 08:31 AM | Show all posts |Read mode


Yong Teck Lee

KOTA KINABALU : Sabah tidak perlu mencontohi kerajaan negeri Sarawak yang membuat keputusan untuk menukar gelaran ‘Ketua Menteri’ kepada ‘Premier’, kata bekas Ketua Menteri Sabah Datuk Yong Teck Lee.

Presiden Parti Progresif Sabah (SAPP) itu berkata fokus sebaliknya perlu diberikan kepada usaha mengembalikan gelaran Yang Dipertua Negeri kepada gelaran asal yang diubah pada tahun 1976, yakni Yang Dipertua Negara.

Beliau berkata mengembalikan gelaran asal Ketua Negeri itu menerusi pindaan perlembagaan negeri akan menggambarkan Sabah sebagai salah satu wilayah yang menyertai pembentukan Malaysia.

“Memperoleh kuasa autonomi adalah lebih penting daripada pertukaran nama. Kita (Sabah) harus meneruskan peralihan kuasa bagi perkara-perkara di bawah senarai persekutuan, serentak kepada senarai kuasa kerajaan negeri,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Yong berkata terdapat juga beberapa isu penting yang perlu diteruskan seperti mendapatkan semula hak Sabah yang terhakis di bawah Perjanjian Malaysia 1963.
Mengulas langkah Sarawak menggantikan gelaran Ketua Menteri kepada Premier, Yong berkata soal penggunaannya perlu diperjelaskan.

“Contohnya ialah isu istilah yang tepat dalam Bahasa Malaysia bagi gelaran ‘Premier’. Premier adalah ketua kerajaan dalam sesebuah negara yang tidak beraja. Saya rasa Sarawak dan Sabah juga layak untuk itu.

“Bagaimanapun ‘Perdana Menteri’ adalah gelaran ketua kerajaan yang mempunyai raja. Perkara ini perlu diperjelaskan dengan sepenuhnya sebelum gelaran Premier digunakan,” katanya.

Yong berkata perkara itu tidak berbangkit bagi Melaka dan Pulau Pinang, kerana mereka tiada kabinet, tidak seperti Sabah dan Sarawak, mereka (Melaka dan Pulau Pinang) hanya ada Exco (executive councils). – BERNAMA


sabahpost.net/2022/02/18

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 10:51 AM GMT+8 , Processed in 0.138649 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list