CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 403|Reply: 0

[Sabah] Dua bot tunda ditahan atas pelbagai kesalahan

[Copy link]
Post time 18-2-2022 11:48 PM | Show all posts |Read mode


DITAHAN: Bot tunda yang ditahan Maritim Malaysia.

KOTA KINABALU: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Negeri Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan menahan dua bot pukat tunda di perairan Tuaran dan Kota Belud pada awal pagi tadi.

Pengarah Maritim Negeri Sabah dan W.P Labuan, Laksaman Pertama Maritim Datuk Mohd Rosli Abdullah berkata, radar Sistem Pengawasan Laut (SWASLA) Sabah telah mengesan dua aktiviti mencurigakan di Tanjung Tembungo, Tuaran dan Teluk Ambong, Kota Belud awal pagi tadi.

"Maklumat berkenaan disalurkan kepada aset laut yang sedang melaksanakan operasi rutin di sekitar perairan Kota Kinabalu untuk lokasi-lokasi tersebut bagi pengesanan dan pemeriksaan.

"Setiba di perairan Tanjung Tembungo jam 3.30 pagi tadi, bot ronda Maritim Malaysia mendapati sebuah bot pukat tunda sedang melakukan aktiviti menunda di bawah 3 batu nautika dan setelah diperiksa didapati nama-nama kru tidak sama seperti tercatat di lesen bot tersebut.

"Bot berkenaan serta kru disyaki melakukan kesalahan di bawah Akta Perikanan 1985 dan Ordinan Perkapalan Saudagar 1952/60," katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Beliau berkata, pada lokasi berbeza, bot ronda Maritim Malaysia juga telah manahan sebuah lagi bot pukat tunda di perairan Teluk Ambong pada jam lebih kurang 4.50 pagi tadi.

Katanya, bot pukat tunda tersebut didapati sedang melakukan aktiviti menunda di persisir pantai.

"Bot tersebut telah diperiksa dan didapati telah melakukan kesalahan di bawah Perikanan 1985 dan Akta Imigresen 1959/63 kerana empat kru tidak mempunyai permit kerja yang sah.

"Kedua-dua bot tunda itu telah dibawa masuk ke Jeti Maritim Negeri Sabah, Sepanggar untuk siasatan lanjut," katanya.

Menurutnya, Maritim Malaysia menyeru kepada komuniti maritim untuk terus menyalurkan maklumat mengenai aktiviti jenayah yang berlaku di sekitar perairan Kota Kinabalu ke Pusat Operasi Maritim Negeri Sabah ke talian 088-387774.


utusanborneo.com.my/2022/02/18

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 03:16 AM GMT+8 , Processed in 0.366026 second(s), 36 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list